Skip to content

3 FILEM PENGUBAT RINDU ANDA KEPADA KARYA YASMIN AHMAD

3 FILEM PENGUBAT RINDU ANDA KEPADA KARYA YASMIN AHMAD

Kongsikan artikel ini

Filem karya Allahyarham Yasmin Ahmad yang terkenal satu masa dahulu kini kembali di tayangkan di Netflix 18 Disember ini.

Netflix memang handal mengorek semula cerita-cerita berkualiti untuk di ulang tayang di mediumnya. Menghadirkan semula sebilangan besar cerita Malaysia yang diarahkan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Rabun, Mukhsin dan Talentime secara global pada 18 Disember 2020 ini.

Pasti anda tak boleh lupakan karyanya yang sering menyentuh perasaan dan tidak perlu diingatkan tentang pemenang anugerah yang sangat disayangi ini bila berjaya menghasilkan iklan Petronas dan filem-filem yang menimbulkan pemikiran yang memberi kesan di dalam dan luar negara. Karya Yasmin Ahmad kekal menjadi yang terbaik pernah dihasilkan oleh pengarah filem dan terus kekal dihati penonton. Lihat apa yang menanti anda 18 Disember 2020 ini!

1. Rabun

3 FILEM PENGUBAT RINDU ANDA KEPADA KARYA YASMIN AHMAD

Foto: Netflix

Filem debut Yasmin Ahmad, Rabun adalah filem pelik dan menghangatkan hati yang diilhamkan dari kisah ibu bapanya sendiri setelah ayahnya kurang penglihatan akibat diabetes.

Rabun adalah kisah Pak Atan (M. Rajoli) dan Mak Inom (Kartina Aziz) yang kembali ke kampung setelah bosan dengan hiruk pikuk kota. Malangnya, pasangan itu mendapati bahawa kehidupan di luar bandar juga tidaklah begitu menyenangkan.

Rabun dibintangi oleh M. Rajoli (Pak Atan), Kartina Aziz (Mak Inom), Ho Yu-hang (Elvis), Norkhiriah (Orked) dan Rozie Rashid (Cik Nor).

2. Mukhsin

3 FILEM PENGUBAT RINDU ANDA KEPADA KARYA YASMIN AHMAD

Foto: Netflix

Mukhsin adalah prekuel bagi Sepet dan Gubra dan filem terakhir trilogi Orked. Dengan membawa pulang Grand Prix Deutsches Kinderhilfswerk untuk Best Feature Film di festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57, Mukhsin menangkap nostalgia zaman muda dan cinta pertama.

Kisah ini berlaku di Sekinchan, Sabak Bernam pada tahun 1993. Menceritakan kisah cinta pertama Orked (10 tahun yang dimainkan oleh Sharifah Aryana) berusia 10 tahun. Orked yang tiba bersama kakak dan ibu saudaranya untuk menghabiskan cuti sekolah di kampung, menarik perhatian Mukhsin (Mohd Syafie Naswip). Mukhsin terseksa kerana cintanya kepada Orked apabila hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa.

Mukhsin dibintangi oleh Mohd Syafie Naswip (Mukhsin), Sharifah Aryana (Orked), Salehuddin Abu Bakar (Husin) dan Sharifah Aleya (Mak Inom).

3. Talentime

3 FILEM PENGUBAT RINDU ANDA KEPADA KARYA YASMIN AHMAD

Foto: Netflix

Yasmin Ahmad terkenal kerana memberi kelainan dalam filemnya, dari multiculturalism hinggalah kepada cerita perkauman. Filem terakhirnya, Talentime tidak berbeza, membawakan penggambaran cinta, keluarga dan kekangan kehidupan seharian yang menyentuh hati, yang soundtrack oleh komposer Malaysia, Pete Teo.

Talentime menceritakan kisah pertandingan bakat sekolah yang sesuai dengan dua hati – Melur (Pamela Chong), seorang gadis Anglo-Melayu, dan Mahesh (Mahesh Jugal Kishor), seorang budak lelaki India yang tuli dan bisu. Melur, bersuaranya yang merdu, menyanyi dan pandai bermain piano adalah salah satu daripada tujuh finalis pertandingan Talentime. Mahesh terpikat pada Melur, tetapi keluarga menentang hubungan mereka.

Seorang lagi finalis, Hafiz (Mohd Syafie Naswip), menggunakan muzik untuk mengatasi tekanan kerana terpaksa membahagikan masa antara sekolah dan menjaga ibunya di hospital akibat menghidap tumor otak.

Bintang berbakat Pamela Chong (Melur), Mahesh Jugal Kishor (Mahesh), Mohd Syafie Naswip (Hafiz), Howard Hon Kahoe (Kahoe), Azean Irdawaty (Embun), Noor Adibah (Cikgu Adibah) dan Harith Iskander (Harith).

Pautan berkaitan: RELEVANSI BAKAT SENI AIMAN HAKIM RIDZA

By Nisa' Halid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

David Beckham

ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI

Bacaan Lanjut

KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

Bacaan Lanjut
PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB

PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB

Bacaan Lanjut
rancangan Netflix paling popular

TOP 10 RANCANGAN TV YANG PALING POPULAR DI NETFLIX

Bacaan Lanjut
KONTROVERSI 2 FINALE RANCANGAN REALITI KOREA “Physical 100”, SIAPA YANG PATUT MENANG?

RANCANGAN NETFLIX KOREA “PHYSICAL: 100” CETUS KONTROVERSI, SIAPA YANG PATUT MENANG?

Bacaan Lanjut