Skip to content

5 FILEM TERBAIK HUGH JACKMAN SELAIN DEADPOOL & WOLVERINE

5 FILEM TERBAIK HUGH JACKMAN SELAIN DEADPOOL & WOLVERINE

Kongsikan artikel ini

Merupakan salah seorang aktor paling versatil di Hollywood, nama Hugh Jackman tidak perlu diperkenalkan lagi.

Pelakon asal Australia ini menceburi dunia lakonan menerusi teater dan drama televisyen. Namun namanya hanya dikenali di Hollywood selepas menggalas watak Curly dalam pementasan Oklahoma! pada 1998.

Filem yang membuatkan popularitinya melonjak di persada antarabangsa adalah X-Men yang ditayangkan pada 2000. Sejak itu dia telah membintangi pelbagai filem termasuk The Wolverine, Logan, Kate & Leopold dan Bad Education.

Terbaru Hugh muncul dalam filem adi wira Deadpool & Wolverine di samping Ryan Reynolds, Emma Corrin dan Morena Baccarin. Filem arahan Shawn Levy itu memperoleh skor 79% daripada pengkritik Rotten Tomatoes.

Ini senarai filem Hugh Jackman yang meraih skor tertinggi daripada Rotten Tomatoes

 

5. X-Men (2000)

Skor: 82%

Turut dibintangi oleh: Patrick Stewart, Ian McKellen, Famke Janssen, James Marsden, Anna Paquin

Sinopsis: Magneto menculik mutan muda bernama Marie dengan niat untuk menggunakan kuasanya demi menghancurkan manusia. X-Men dan Wolverine membuat keputusan untuk bekerjasama bagi menyelamatkan Marie dan menghentikan Magneto.

 

4. X2 (2003)

filem terbaik hugh jackman

Skor: 85%

Turut dibintangi oleh: Patrick Stewart, Ian McKellen, Halle Berry, Rebecca Romijn

Sinopsis: Mutan Nightcrawler cuba membunuh presiden Amerika Syarikat. Pada masa sama, apabila William Stryker menyerang sekolah Profesor X, pelajar mutannya bekerjasama untuk menggagalkan rancangan jahat itu.

 

3. X-Men: Days of Future Past (2014)

filem terbaik hugh jackman

Skor: 90%

Turut dibintangi oleh: Ian McKellen, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, James McAvoy, Peter Dinklage, 

Sinopsis: Wolverine kembali ke tahun 1973 untuk menghalang Mystique daripada membunuh Bolivar Trask, saintis tentera jahat yang kematiannya membawa kepada penciptaan robot yang bertujuan untuk membunuh manusia dan mutan.

 

2. Logan (2017)

filem terbaik hugh jackman

Skor: 93%

Turut dibintangi oleh: Patrick Stewart, Dafne Keen, Boyd Holbrook

Sinopsis: Logan keluar dari persaraan untuk mengiringi seorang mutan muda bernama Laura ke sebuah lokasi selamat. Sepanjang perjalanan, dia bertemu mutan lain yang melarikan diri daripada sebuah syarikat jahat yang melakukan eksperimen terhadap mereka.

 

1. Bad Education (2019)

Skor: 94%

Turut dibintangi oleh: Ray Romano, Welker White, Allison Janney, Geraldine Viswanathan

Sinopsis: Penguasa Sekolah Roslyn, Frank Tassone dan pembantunya, Pam bekerjasama untuk membuatkan daerah itu menjadi terkenal. Bagaimanapun seorang wartawan sekolah mendedahkan skim penyelewengan yang mengancam kuasa mereka.

 

Foto: A.Frame

Pautan berkaitan: 5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK GLEN POWELL MENURUT ROTTEN TOMATOES

5 FILEM TERBAIK GLEN POWELL MENURUT ROTTEN TOMATOES

Bacaan Lanjut
5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA

5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA

PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA

Bacaan Lanjut
DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT

DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT

Bacaan Lanjut