5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL
Henry Cavill dikenali sebagai salah seorang bintang versatil dalam generasinya.
Pelakon Inggeris ini memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem adaptasi The Count Of Monte Cristo (2002) dan I Capture The Castle (2003). Dia menggalas watak sampingan dalam beberapa siri televisyen termasuk The Inspector Lynley Mysteries (2002) dan Midsomer Murders (2003). Sejak itu Henry Cavill muncul dalam lebih banyak filem seperti Tristan & Isolde (2006) dan Stardust (2007).
Berikutan kejayaannya sebagai Superman, aktor berusia 40 tahun ini ditawarkan watak filem dalam perisik The Man From U.N.C.L.E. (2015) dan Mission: Impossible – Fallout (2018). Tahun ini dia muncul dalam dua filem iaitu Argylle dan terbaharu The Ministry of Ungentlemanly Warfare.
Ini senarai filem Henry Cavill yang meraih skor tertinggi daripada Rotten Tomatoes
5. I Capture The Castle (2003)
Skor Rotten Tomatoes: 78%
Turut dibintangi oleh: Romola Garai, Rose Byrne, Bill Bighy, Henry Thomas
Sinopsis: Berlatarkan tahun 1930-an di England, gadis muda bernama Cassandra dan kakaknya Rose bergelut untuk menyelamatkan keluarga daripada kemiskinan. Mereka membuat keputusan bahawa salah seorang perlu bertunang dengan jejaka dari keluarga berada bernama Simon Cotton.
4. Enola Holmes (2020)
Skor Rotten Tomatoes: 91%
Turut dibintangi oleh: Millie Bobby Brown, Sam Claflin, Louis Partridge
Sinopsis: Apabila Enola Holmes memutuskan untuk mencari ibunya yang hilang, dia tahu dia perlu melakukannya sendirian tanpa pengetahuan dua abangnya, Sherlock Holmes dan Mycroft Holmes.
3. The Ministry of Ungentlemanly Warfare (2024)
Skor Rotten Tomatoes: 93%
Turut dibintangi oleh: Henry Golding, Eiza Gonzalez, Alan Ritchson, Rory Kinnear
Sinopsis: Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan sekumpulan pegawai tentera menyusun rancangan berani untuk meneutralkan armada U-bot Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Terdiri daripada kru penyangak dan penyeleweng, unit tempur rahsia ini menggunakan teknik tidak konvensional untuk memerangi Nazi dan mengubah plot perang.
2. Enola Holmes 2 (2022)
Skor Rotten Tomatoes: 94%
Turut dibintangi oleh: Millie Bobby Brown, Hannah Dodd, Sam Claflin, Louis Partridge
Sinopsis: Enola Holmes, kini bergelar detektif profesional perlu menangani kes kehilangan seorang gadis yang merungkai misteri lebih besar daripada jangkaannya.
1. Mission: Impossible – Fallout (2018)
Skor Rotten Tomatoes: 88%
Turut dibintangi oleh: Tom Cruise, Vanessa Kirby, Angela Bassett, Simon Pegg
Sinopsis: Dalam sekuel keenam francais Mission Impossible ini, Ethan Hunt dan pasukannya bergabung dengan pembunuh CIA bernama August Walker untuk mencegah serangan nuklear.
Pautan berkaitan: 3 FILEM TERBURUK LAKONAN JOHN TRAVOLTA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG
Aktor The Ministry of Ungentlemanly Welfare, Henry Cavill bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan: Alam keibubapaan.
3 FILEM TERBURUK LAKONAN JOHN TRAVOLTA
Tiada siapa mahu melihat filem lakonan mereka diberi penilaian rendah apatah lagi kosong, namun John Travolta melaluinya sebanyak tiga kali.
5 FILEM TERBAIK CHRISTIAN BALE ANDA MESTI TONTON
Semak barisan filem hebat yang menaikkan nama Christian Bale sebagai salah seorang aktor paling berjaya di Hollywood.
10 FILEM TERBAIK BARRY KEOGHAN ANDA MESTI TONTON
Semak senarai filem hebat yang menaikkan nama Barry Keoghan sebagai salah seorang aktor versatil di Hollywood.
10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI
Ayuh imbas kembali filem lakonan calon Oscar 2024 yang dinilai sebagai terburuk oleh pengkritik Rotten Tomatoes.
5 FAKTA MENGENAI AKTOR THE HUNGER GAMES: THE BALLAD OF SONGBIRDS & SNAKES, TOM BLYTH
Dalam prekuel The Hunger Games, Tom Blyth menjayakan watak Coriolanus Snow ketika muda, sebelum dia menjadi presiden Panem yang zalim.