Skip to content

3 FILEM TERBURUK LAKONAN JOHN TRAVOLTA

3 FILEM TERBURUK LAKONAN JOHN TRAVOLTA

Kongsikan artikel ini

Tiada siapa mahu melihat filem lakonan mereka diberi penilaian rendah apatah lagi kosong, namun John Travolta melaluinya sebanyak tiga kali.

Terdapat hanya 44 filem yang dinilai 0% oleh Rotten Tomatoes, tidak banyak jika dibandingkan dengan jutaan filem yang dikeluarkan setiap tahun. Namun dia satu-satunya pelakon yang memegang rekod tiga filem dalam senarai itu.

Ini tiga filem terburuk yang dibintangi John Travolta

1. Stayin Alive (1982)

Sekuel Saturday Night Fever ini merupakan filem pertama lakonan Travolta yang diberi penilaian 0% berdasarkan 25 ulasan. Saturday Night Fever mencapai kejayaan luar biasa dengan jumlah kutipan RM978 juta seluruh dunia, namun filem sekuelnya menemui kegagalan di mata pengkritik.

Stayin Alive menyaksikan Travolta menghidupkan kembali peranannya sebagai Tony Monero di bawah arahan Slyvester Stallone. Walau tidak mendapat sebarang penilaian, ia tetap berjaya meraih kutipan sehingga RM524 juta.

Jelas Rotten Tomatoes, “Sekuel ini sangat memalukan dan tidak sepatutnya dihasilkan.”

 

2. Look Who’s Talking Now (1993)

Sekuel ketiga filem Look Who’s Talking ini menampilkan Travolta dan Kristie Alley sebagai pasangan suami isteri. Dua anjing peliharaan keluarga itu dilihat boleh bercakap kepada satu sama lain. Seperti yang dijangka, filem tersebut menemui kegagalan dan hanya mengutip 41 juta dengan bajet RM91 juta.

Apa yang boleh Rotten Tomatoes katakan hanyalah, “Look Who’s Talking Now: Look away.”

 

3. Gotti (2018)

Filem terakhir yang menerima penilaian 0% adalah drama jenayah biografi yang berkisar tentang seorang samseng bernama John Gotti. Ia turut menampilkan mendiang isterinya, Kelly Preston yang memegang watak sebagai isteri Gotti, Victoria.

Walaupun menyatukan pasangan suami isteri, filem ini ternyata satu kegagalan. Tarikh tayangannya juga ditangguh beberapa kali atas pelbagai sebab, dan ia mengutip hanya RM25 juta dengan bajet RM91 juta.

Ulasan Rotten Tomatoes kali ini lebih pendek, “Fuhgeddaboudit” – cara warga Itali di New York menyebut ‘forget about it.’

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: JOHN TRAVOLTA JUAL KEDIAMAN 42 BILIK LAPAN BULAN SELEPAS KEMATIAN ISTERI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

Bacaan Lanjut
7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Bacaan Lanjut
10 FILEM TERBAIK BARRY KEOGHAN ANDA MESTI TONTON

10 FILEM TERBAIK BARRY KEOGHAN ANDA MESTI TONTON

Bacaan Lanjut
10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK LAKONAN ASHTON KUTCHER ANDA WAJIB TONTON

5 FILEM TERBAIK LAKONAN ASHTON KUTCHER ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
5 FILEM AKTOR POPULAR YANG MERAIH SKOR TERENDAH DARIPADA IMDb

5 FILEM AKTOR POPULAR YANG MERAIH SKOR TERENDAH DARIPADA IMDb

Bacaan Lanjut