JOHN TRAVOLTA JUAL KEDIAMAN 42 BILIK LAPAN BULAN SELEPAS KEMATIAN ISTERI
Belum setahun pemergian isteri tercinta Kelly Preston, John Travolta membuat keputusan menjual rumah agam mewah miliknya yang bernilai puluhan juta.
Kediaman di Maine, Amerika Syarikat itu merupakan kenangan Travolta bersama mendiang isterinya yang meninggal Julai tahun lalu akibat kanser payudara. Ia dibeli sejurus selepas pasangan itu berkahwin pada 1991, genap 30 tahun lalu.
Hartanah seluas 10,000 kaki persegi itu benilai RM20 juta dan terletak di Islesboro, sebuah pulau yang mempunyai pemandangan pantai yang cukup indah. Ia dikatakan mempunyai dekorasi eksentrik dengan kertas dinding dan perabot berwarna-warni.

Foto: Backgrid
Foto yang dimuat naik di laman web hartanah menunjukkan halaman luas yang dikelilingi tanaman dan pepohon liar, 42 kamar di mana 22 daripadanya adalah bilik tidur, serta 7.5 kamar mandi.
Beberapa kamar tidur direka khas buat kanak-kanak dan mempunyai dekorasi bertema fantasi seperti Princess Room, Airplane Room dan Peter Pan Room.
Terdapat juga pejabat, perpustakaan, bilik dobi, kolam renang, bilik belajar, bar, bilik pantri, dan bilik tayangan untuk kanak-kanak yang mempunyai pentas dan dihiasi dengan rona terang seperti kuning dan hijau yang dipadankan bersama kertas dinding motif bunga.

Foto: Backgrid
Ketika wawancara bersama Architectural Digest pada 1999, Preston dan Travolta berkata mereka membuat keputusan membeli kediaman tersebut setelah melawat rumah agam milik rakan selebriti, Kirstie Alley yang bertemakan Kennedy Compound. Pelakon Baby Sellers itu turut menjual hartanah miliknya pada April 2020.
Dilaporkan, kediaman pasangan itu dibina pada 1903 untuk sebuah keluarga kaya-raya dan terlibat dalam bidang perbankan.
Foto: Danny Moloshok/Reuters
Pautan berkaitan: KEDIAMAN ‘BERHANTU’ LIAM PAYNE KINI MILIK HALSEY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.











