KEDIAMAN ‘BERHANTU’ LIAM PAYNE KINI MILIK HALSEY
Dengan berita kehamilan yang diumumkan dua hari lalu, nampaknya Halsey memerlukan kediaman yang lebih selesa untuk membesarkan keluarga.
Penyanyi Ghost ini baru sahaja mengambil alih hartanah lama gaya Sepanyol daripada rakan selebriti, Liam Payne. Menurut Dirt, Halsey atau nama sebenarnya Ahsley Nicolette Frangipane membelanjakan RM41 juta untuk membeli rumah agam yang terletak di sebuah komuniti berpagar di Calabasas, California.
Payne yang merupakan bekas ahli One Direction membeli kediaman tersebut pada 2015 ketika bekas teman wanitanya, Cheryl Cole hamil anak pertama. Pasangan itu kemudian berpisah pada 2018.
Rumah agam tersebut mula dijual pada harga RM57 juta selepas perpisahan mereka, namun harganya beransur-ansur jatuh. Payne kemudian menyenaraikan kediaman tersebut untuk disewa. Pada Jun tahun lalu, penyanyi Strip That Down itu menurunkan harga jualan sehingga RM41 juta.
Foto yang dimuat naik oleh Dirt menunjukkan hartanah seluas 9,659 kaki persegi yang dikelilingi pepohon rimbun. Ia mempunyai lima bilik, lapan bilik air serta pelbagai ciri mewah termasuk perpustakaan dua tingkat, bilik pawagam, bilik wain dan ruang hiburan, serta kolam renang di luar kediaman.

Foto: Redfin

Foto: Redfin
Terdapat juga kolam ikan koi dan studio rakaman di rumah tetamu berasingan, cukup sesuai untuk Halsey mencari ketenangan sambil merakam lagu.
Pada 2017, Payne mendedahkan kepada media bahawa dia berasakan rumah agam miliknya itu berhantu. Cole juga enggan tidur di tingkat atas sewaktu hamil.
“Saya lihat lampu menyala dan mati di tengah malam dan beberapa perkara menyeramkan, seperti paip dihidupkan dan dimatikan,” kata Payne.
“Jika anda tidak mempercayainya, saya rasa ia tidak akan mengganggu anda. Namun Cheryl menolak untuk tidur di tingkat atas, jadi kami tiidur di bilik pawagam sahaja,” ujarnya. Namun kebenarannya, tiada siapa mengetahui.
Foto: Dirt
Pautan berkaitan: WILMER VALDERRAMA PEMILIK KERETA IKONIK THAT ‘70S SHOW
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MICHELLE YEOH CIPTA SEJARAH, PELAKON MALAYSIA PERTAMA TERCALON DI ANUGERAH OSCAR
Legenda perfileman negara, Tan Sri Michelle Yeoh menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar 2023.
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.
SHAWN MENDES BERCINTA DENGAN WANITA JAUH LEBIH BERUSIA?
Selepas lebih setahun menamatkan hubungan dengan Camila Cabello, Shawn Mendes kini dilaporkan bercinta dengan wanita berusia 50-an.
NAMA ANAK TRAVIS SCOTT & KYLIE JENNER MENJADI BAHAN JENAKA PEMINAT ARAB
Kylie Jenner mencetuskan perbualan hangat di media sosial setelah mendedahkan nama anak keduanya bersama Travis Scott.
SELENA GOMEZ & DREW TAGGART SEDANG HANGAT BERCINTA?
Permulaan tahun 2023 mencetuskan bibit-bibit bahagia buat penyanyi dan pelakon, Selena Gomez yang telah lama memegang status solo.
BRAD PITT BAKAL TINGGALKAN HOLLYWOOD DAN MENETAP DI PERANCIS?
Hampir empat dekad terlibat dalam bidang perfileman, 2023 mungkin menjadi tahun terakhir buat Brad Pitt.