Skip to content

TAHNIAH! NICOLAS CAGE BERGELAR SUAMI BUAT KALI KELIMA

TAHNIAH! NICOLAS CAGE BERGELAR SUAMI BUAT KALI KELIMA

Kongsikan artikel ini

Semakin bertambah usia, Nicolas Cage nampaknya semakin laku! Selepas melamar teman wanitanya Riko Shibata menerusi FaceTime, pasangan ini dilaporkan telah bergelar suami isteri pada 16 Februari lalu.

Berita ini disahkan sendiri oleh Nicolas kepada E! News, “Ya benar, dan kami sangat gembira,” katanya.

Pelakon Ghost Rider berusia 56 itu mengikat tali perkahwinan dengan Riko, 26 di Hotel Wynn, Las Vegas pada tarikh istimewa sempena ulang tahun kelahiran mendiang bapanya. Nicolas tampak segak dalam tuksedo Tom Ford manakala isterinya menyarung persalinan kimono Jepun.

 

Foto: Nicolas Cage

 

Jurucakap pelakon itu mendedahkan, mereka mengikrarkan perjanjian perkahwinan tradisional Katolik dan Shinto dengan puisi daripada Walt Whitman dan Haiku.

Ini merupakan perkahwinan kelima Nicolas selepas dua tahun menfailkan perceraian terhadap bekas isteri, Eriko Koike yang dikahwininya selama hanya empat hari pada Mac 2019.

Sebelum Erika, dia bergelar suami kepada Alice Kim dan perkahwinan mereka bertahan selama 10 tahun sebelum berpisah pada 2016. Mereka memiliki seorang cahaya mata, Kal-El Coppola yang kini berusia 15 tahun. Dilaporkan, Alice dan Kal turut menghadiri majlis perkahwinan ini.

Dia juga pernah mengahwini Lisa Marie Presley pada 2002 selama hanya 100 hari selepas rumah tangga enam tahun yang dibina bersama Patricia Arquette berakhir pada 2001.

 

Nicolas Cage married for the fifth time: he married his partner Riko Shibata - MRT

 

Ogos tahun lalu, Nicolas mengumumkan bahawa dia telah bertunang dengan Riko namun terpaksa melamar secara atas talian disebabkan pandemik.

“Dia pulang ke Kyoto. Jepun dari New York, saya pula kembali ke Nevada. Kami tidak bertemu selama enam bulan. Kami sangat gembira dengan pehubungan ini dan teruja untuk meluangkan masa bersama, jadi saya terus melamar menerusi FaceTime.”

Nicolas menambah, dia membuat lamaran dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian hitam iaitu warna kegemaran Riko dan mengirimnya ke Jepun menerusi khidmat kurier FedEx.

 

Foto: Wynn Las Vegas

 

Pautan berkaitan: BROOKLYN BECKHAM & NICOLA PELTZ TELAH BERKAHWIN SECARA SENYAP?

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut