Skip to content

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON

Kongsikan artikel ini

Nama Lee Jung Jae kembali hangat diperkatakan setelah Netflix mengumumkan tarikh siaran Squid Game musim kedua baru-baru ini.

Siri yang mencetus fenomena ini bakal menemui penonton pada 26 Disember 2024 untuk musim kedua. Musim ketiga dan terakhir pula akan disiarkan pada tahun 2025.

Walaupun populariti Jung Jae meledak di persada antarabangsa menerusi Squid Game, ia bukanlah satu-satunya drama terbaik lakonannya.

Aktor berusia 52 tahun ini membuat kemunculan pertama sebagai pelakon dalam drama Dinosour Teacher pada 1993. Namanya menjadi terkenal setahun kemudian menerusi siri berjudul Feelings.

Bagaimanapun satu peranan kecil namun penting dalam drama Sandglass pada 1995 memahat namanya di hati peminat. Disebabkan itu pihak produksi membuat keputusan meningkatkan masa tayangan dari semasa ke semasa.

Kini selepas hampir tiga dekad penglibatan dalam industri seni, dia telah menerima pelbagai pengiktirafan di dalam mahupun di luar negara.

GL senaraikan drama terbaik Lee Jung Jae menurut IMDb

 

5. Triple

Skor: 6.1/10

Lee Jung Jae

Siri romantis ini menyaksikan Jung Jae memainkan watak sebagai Shin Hwal, seorang lelaki pertengahan usia 30-an yang bekerja di sebuah agensi pengiklanan bersama dua rakan baiknya.

Kehidupannya menjadi huru-hara apabila adik tirinya yang telah lama terpisah, Lee Ha Ru (lakonan Min Hyo Rin) berpindah masuk ke kediaman bujangnya.

 

4. Air City

Skor: 6.4/10

Lee Jung Jae

Selain Jung Jae, siri yang mengisahkan tentang hal ehwal kerja dan percintaan empat kakitangan lapangan terbang ini turut menampilkan Choi Ji Woo, Lee Jin Wook dan Mun Jung Hee sebagai watak utama.

Jung Jae melakonkan watak Kim Ji Sung, seorang ejen Perkhidmatan Perisikan Negara yang sanggup melanggar peraturan dan mencetuskan kemarahan beberapa pihak demi tugasnya terhadap negara.

 

3. Chief of Staff

Skor: 7.8/10

Lee Jung Jae

Siri yang berkisar tentang dunia politik ini padat dengan drama dan aksi mendebarkan, membuatkan penonton terus ‘melekat’ di kaca televisyen. Ia berkisar tentang barisan ahli politik dan pembantu mereka yang cuba mendaki puncak kerjaya dengan penuh helah.

Jung Jae memberi mutu lakonan hebat sebagai Jang Tae Jun, bekas detektif berhati batu yang kemudian bergelar pembantu ahli politik. Dia menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi keputusan penggubal undang-undang sambil mengejar cita-citanya.

 

2. Squid Game

Skor: 8/10

Drama yang mencetus fenomena global ini berkisar tentang 456 individu yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka ditawarkan untuk menyertai sebuah pertandingan misteri bernama Squid Game bagi memenangi wang berjumlah RM162 juta.

Malangnya pertandingan yang dianggap semudah permainan kanak-kanak bertukar menjadi ngeri dan membahayakan nyawa. Jung Jae berjaya memukau penonton dengan persembahannya yang bersahaja sebagai salah seorang peserta.

 

1. Sandglass

Skor: 8.3/10

Merupakan salah sebuah drama yang mencatat penilaian tertinggi dalam sejarah televisyen Korea, ia menceritakan perhubungan tragis antara tiga sahabat yang disebabkan oleh penindasan politik dan awam di Korea Selatan pada tahun 80-an dan 90-an.

Dalam siri yang menggabungkan melodrama, politik dan aksi ini, Jung Jae memegang peranan sebagai Baek Jae Hee iaitu seorang pengawal peribadi yang taat namun pendiam. Dia meraih pujian hebat daripada penonton atas mutu lakonan yang dipersembahkan.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: SELEPAS PARK SEO JOON, LEE JUNG JAE PULA BAKAL SERTAI MARVEL?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TARIKH SIARAN SQUID GAME 2 DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

TARIKH SIARAN SQUID GAME MUSIM KEDUA DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

Bacaan Lanjut
must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
SQUID GAME MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DISEMBER INI

SQUID GAME MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
5 K-DRAMA TERBAIK LEE BYUNG HUN MENURUT IMDB

5 K-DRAMA TERBAIK LEE BYUNG HUN MENURUT IMDB

Bacaan Lanjut
must watch November 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2023

Bacaan Lanjut
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut