Skip to content

5 RUTIN KEBIASAAN ORANG BERJAYA

Kongsikan artikel ini

Rutin tertentu nyata dapat membezakan antara orang biasa dengan mereka yang berjaya. Memiliki agenda, aktiviti serta filosofi tersendiri membuatkan mereka yang sukses lebih aktif, produktif malah mendorong mereka untuk lebih maju mencapai matlamat dalam hidup yang diimpikan. GL senaraikan lima kebiasaan atau rutin orang berjaya yang boleh dicontohi.

1- BANGUN LEBIH AWAL

Orang berjaya bisa menyedari bahawa masa perlu sentiasa dihargai. Itulah sebab mengapa orang berjaya akan bangun lebih awal dan memanfaatkan sebaik mungkin waktu tersebut. Contohnya, CEO PepsiCo, Indra Noovi bangun seawal jam 4 pagi dan tiba ke pejabat sebelum 7 pagi. Pemilik Twitter, Jack Dorsey bangun sekitar 5.30 pagi setiap hari.

2- MINUM AIR PUTIH SAAT BANGUN TIDUR

Orang berjaya dikhabarkan akan minum air putih mahupun air suam sebelum minum kopi mahupun sarapan pagi. Minum air putih akan membuatkan anda lebih waspada serta menghidrasi tubuh agar dapat melakukan aktiviti selepas tidur semalaman.

3- OLAHRAGA SEBELUM KE PEJABAT

Orang berjaya juga akan mengambil peluang dalam masa terawal sebelum ke pejabat dengan melakukan sedikit olahraga agar tubuh lebih bertenaga. Rutin seperi regangan tubuh, joging setempat mahupun yoga mungkin kedengan klise, kurang mengeluarkan peluh tetapi cukup bermanfaat.

4- UPDATE BERITA TERKINI

Orang berjaya percaya selain daripada olahraga, paling tidak mereka akan sentiasa membaca berita mahupun perkembangan terkini global tentang apa yang terjadi hari semalam serta hari ini bagi meningkatkan pengetahuan umum serta sosial. Keep track all the news!

5- MERAPIKAN TEMPAT TIDUR

Orang berjaya suka akan keadaan teratur, kemas dan tersusun, termasuklah tempat tidur mereka. Mereka mampu untuk bekerja lebih produktif dan efisen jika tiada barang-barang bersepah yang hanya akan menggugat konsentrasi.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut