Skip to content

6 DRAMA KOREA MENARIK TERBARU MENEMUI ANDA JULAI INI

6 DRAMA KOREA MENARIK TERBARU MENEMUI ANDA JULAI INI

Kongsikan artikel ini

Penggal pertama tahun 2023 ‘dilambakkan’ dengan drama Korea terbaik yang disiarkan di beberapa platform penstriman popular.

Disebabkan itu ramai menyangka bulan-bulan seterusnya akan sepi tanpa rancangan menarik. Nampaknya andaian peminat salah kerana bulan Julai 2023 menampilkan beberapa siri hebat yang akan membuatkan anda terus melekat di skrin telefon mahupun kaca televisyen.

GL kongsikan enam drama Korea yang akan menemani anda sepanjang bulan ini.

1 of 6

Shadow Detective Musim Kedua

Barisan Pelakon: Lee Seung Min, Kyung Soo Jin, Lee Hak Joo

Tarikh Tayangan: 5 Julai 2023

Lee Seung Min kembali sebagai detektif Kim Taek Rok dalam musim terbaru Shadow Detective yang menampilkan lapan episod menarik. Berikutan kesimpulan dramatik musim pertama yang menyaksikan si penjahat didedahkan, Taek Rok mungkin menganggap masalahnya telah selesai. Bagaimanapun telefonnya berdering sekali lagi daripada individu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘kawan’. Kyung Soo Jin dan Lee Hak Joo kembali sebagai rakan detektif Lee Seung Min. Menyertai barisan pelakon untuk musim kedua ini adalah Kim Shin Rok dan Jung Jin Young.

1 of 6