Skip to content

7 LOKASI BERBUKA PUASA TERBAIK RAMADAN INI

Kongsikan artikel ini

Selain daripada menunaikan ibadah puasa, anda pasti teruja untuk menikmati hidangan berbuka puasa bersama keluarga tersayang. GLAM Lelaki menyenaraikan beberapa lokasi berbuka puasa yang terbaik bersempena Ramadan tahun ini. 

Kehadiran bulan Ramadan tidak dapat dipisahkan daripada suasana berbuka puasa yang meriah dengan pelbagai hidangan yang disajikan. Sama ada di hotel, restoran mahupun bazar Ramadan, kemeriahan sudah pun terasa dengan pilihan juadah yang terus mewarnai dunia kulinari tempatan.

Berikut merupakan bufet terbaik yang anda boleh dapatkan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur

1. Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

lokasi berbuka puasa

Bertemakan Astaka Selera Impian, anda akan dapat menerokai perisa yang berbeza, herba aromatik, dan rempah ratus. Dengan sentuhan kulinari Timur Tengah yang mentakrifkan masakan Malaysia menyediakan hidangan utama seperti udang galah lemak asam nenas dan siput sedut lemak Kuning.

Bufet berbuka puasa bermula pada 11 Mac dari 6:00pm hingga 10:30pm setiap hari. Pakej berbuka ini berharga pada RM298 untuk dewasa dan RM168 bagi kanak-kanak berusia 6-11 tahun. Kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah akan menikmati hidangan secara percuma.

2. Grand Millennium, Kuala Lumpur

lokasi berbuka puasa

Bertemakan ‘Jom Makan’ tahun ini, Grand Millennium meraikan kepelbagaian landskap masakan Malaysia dengan hidangan kegemaran tempatan sepanjang zaman. Salah satu hidangan unik bufet ialah ‘Belanga Bakar’, masakan tradisional yang menggunakan kaedah memanggang hidangan dalam periuk tanah.

Para tetamu akan dijamu dengan 9 jenis ‘Belanga Bakar’ termasuk ayam, ikan bawal dan daging lembu, dimasak dalam masakan Melayu, Cina dan India termasuk asam pedas, kari masala dan kung pao.

Bufet berbuka puasa bermula pada 12 Mac dari 7:00pm hingga 10:00pm setiap hari. Pakej berbuka ini berharga pada RM168 untuk dewasa dan RM84 bagi kanak-kanak berusia 5-12 tahun.

3. W Hotel, Kuala Lumpur

lokasi berbuka puasa

W Hotel membawa semula ‘Bazaar Malam’ yang digemari ramai, berinspirasikan pasar malam tradisional dengan setuhan unik W Hotel. Restoran yang diubah suai menjadi bazar menyediakan bufet dengan pelbagai gerai yang menyajikan hidangan tempatan dari pembuka selera, ulam ulaman, canton wok dan sambal lesung.

Pakej bufet ini bermula pada 12 Mac dari 6:30pm setiap hari. Harga bagi pakej ini ialah RM288 untuk dewasa dan RM144 bagi kanak-kanak berusia 6-12 tahun. Kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah akan menikmati hidangan secara percuma (satu kanak-kanak bagi setiap dewasa).

4. The Chow Kit Kitchen, Kuala Lumpur

lokasi berbuka puasa

Ramadan ini, The Chow Kit Kitchen menawarkan Citarasa Malaya yang menampilkan hidangan bufet harian dengan pembuka selera seperti ulam ulaman dan bergedil. Pencuci mulut seperti kuih-muih, bubur pulut hitam dan pengat pisang turut disediakan.

Hidangan warisan kegemaran seperti laksa Johor, soto ayam, crispy siakap berlada, rendang minang, udang masak lemak dan ayam percik madu juga disajikan buat tetamu.

5. Sheraton, Petaling Jaya

Citarasa Nolstagia menyediakan pelbagai hidangan kegemaran kampung, seperti pucuk ubi, daging rendang tok dan beriani kambing simpang 3 pelangi. Pelbagai pilihan hidangan istimewa timur tengah, sushi dan sashimi, makanan laut segar dan makanan antarabangsa lain juga disediakan.

Citarasa Nostalgia at Feast akan tersedia dari 12 Mac hingga 9 April 2023. Sebagai permulaan kepada tawaran Ramadan di Feast, tetamu boleh menikmati Citarasia Nostalgia dengan kadar pelancaran eksklusif RM118 bagi setiap orang dewasa dan RM59 bagi setiap kanak-kanak.

6. Resorts World Awana, Genting Highlands

Sertai pengalaman kuliner yang menakjubkan dari 12 Mac hingga 9 April 2024 di Jom Makan
Awana. Chef Eksekutif, Ahmad Rosnie mempersembahkan hidangan tradisional yang ikonik, diperkaya dengan sentuhan rempah serta herba organik dari kebun Resorts World Awana.

Nikmati ayam percik yang beraroma asap arang, nasi kerabu yang diperkaya dengan ulam dan herba, bersama dengan pelbagai hidangan seperti kambing bakar, rendang tok, singgang Kelantan dalam hidangan bufet yang lazat dan mewah.

Bagi tempahan bermula 17 Mac, kadar tetap adalah RM118 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak serta warga emas.

7.  Maria’s SteakCafe

Menu berbuka puasa dan Hari Raya di Maria’s SteakCafe menampilkan sajian 3 peringkat makanan sihat. Setiap peringkat menampilkan dulang dipenuh makanan, dihiasi dengan pembuka selera istimewa Maria, diikuti dengan hidangan utama.

Sama ada anda memilih set daging lembu atau sebaliknya, ia bermula dengan kerang pedas yang berperisa sos berasaskan tomato dan dihidangkan bersama roti bawang putih yang rangup. Untuk peringkat kedua, anda akan menikmati hidangan utama pilihan anda. Hidangan ini menggabungkan masakan barat dengan sentuhan Ramadan tradisional, masing-masing digandingkan dengan air asam aromatik dan sos percik untuk gabungan rasa.

Set 2 pax bermula dari RM250 dan RM500 untuk set 4 pax. Menu Hari Raya boleh didapati dari 10 Mac 2024 hingga 7 Mei 2024 di semua cawangan Maria’s SteakCafe di Lembah Klang. Setiap set Hari Raya 4 pax juga akan disertakan dengan baucar tunai RM 50 untuk lawatan akan datang.

 

Baca lebih lanjut: JANA TENAGA KETIKA BERPUASA DENGAN 8 MAKANAN INI

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut

8 LOKASI BERBUKA PUASA PILIHAN GLAM LELAKI RAMADAN INI

Bacaan Lanjut

WARISAN KULINARI MALAYSIA DI CITARASA NIPAH EQ

Bacaan Lanjut

BAZAAR MALAM DI W KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

MENU ISTIMEWA SAMBUTAN TAHUN BAHARU DI THE CHOW KIT

Bacaan Lanjut