ALIHKAN PANDANGAN ANDA KE SALAH SATU DESTINASI TERHEBAT DUNIA; DESARU COAST
Desaru Coast melancarkan seleksi pakej percutian dan golf penuh keseronokkan dengan tawaran yang menakjubkan untuk mengalihkan pandangan anda ke salah satu destinasi terhebat di dunia.
Tahun ini, Desaru Coast Destination Resort yang terletak di Johor Darul Ta’zim telah diiktiraf oleh TIME Magazine sebagai salah satu Destinasi Terhebat di Dunia 2021. Dalam meraikan pengunjung untuk mengalihkan pandangan ke lokasi seluas 4000 ekar ini, destinasi pelancongan ini melancarkan koleksi pakej percutian staycation dan golf penuh keseronokkan dengan tawaran yang menakjubkan.
Tidak boleh dinafikan lagi, keinginan untuk melancong semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila Pulau Langkawi kini dibuka semula kepada pelancong. Ramai yang inginkan satu pandangan baharu selain merindui suasana pantai sambil menikmati keselesaan hotel mewah bertaraf lima bintang. Buat peinat sukan pula, anda juga boleh beralih pandangan ke alam semulajadi atau kembali bermain golf di padang golf bertaraf dunia.

Hard Rock Hotel Desaru Coast
Melalui kempen Change Your View, destinasi percutian ini menawarkan pakel penginpan yang menyeronokan serta tawaran istimewa yang tersedia untuk dinikmati pengunjung nanti. Antaranya pakej Sand-sational Deals dan juga Golf Passport yang popular di destinasi ini, di mana kedua-dua tawaran ini termasuk aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang khas untuk kepuasan percutian sebenar.

The Els Club Desaru Coast
Terletak di pantai timur Johor dengan persisiran pantai indah sepanjang 17 kilometer, destinasi percutian bersepadu ini mempunyai hotel bertaraf dunia lima bintang, termasuk Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort, Anantara Desaru Coast Resort & Villas serta One&Only Desaru Coast yang serba mewah. Destinasi ini juga mempunyai gabungan tarikan yang dirancang dalam satu pakej, termasuk dua padang golf bertaraf dunia dan taman tema air terbesar di rantau ini.

Anantara Desaru Coast
Kempen Change Your View ini menyediakan 500 pakej pertama yang ditempah sehingga 17 September 2021 dan akan menikmati pengurangan RM100 daripada harga pakej sementara stok masih ada. Bermula dari RM699, setiap pakej Sand-sational dilengkapi dengan pengalaman Desaru Coast bermula dari sebuah penginapan hotel mewah ke golf, makan serta tiket penuh keseronokan di taman tema air.

The Westin Desaru Coast Resort
Manakala pakej Golf Passport pula bermula dengan harga RM899 melalui tempahan awal, menawarkan tiga pusingan golf 18 lubang di Els Club Desaru Coast serta baucar perbelanjaan makan dan tempat penginapan. Semua pakej tersebut ditawarkan dengan dasar perubahan tarikh yang fleksibel dan tempoh penggunaan sah yang dilanjutkan sehingga Jun 2022.
Foto: Desaru Coast
Baca lebih lanjut: LEONARDO DICAPRIO, JENNIFER LAWRENCE DAN MERYL STREEP BERSATU DALAM ‘DON’T LOOK UP’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK MERAIKAN MUSIM LEBARAN
Sama ada destinasi sentuhan seni bina Melayu atau rumah kampung tradisional penuh nostalgia, Airbnb membariskan 7 penginapan untuk memeriahkan lagi percutian musim lebaran ini.
FAHDRUL ABD MALEK KINI CHEF EKSEKUTIF DI SALAH SEBUAH RESORT MEWAH DI DESARU COAST
Tahun ini pusat peranginan mewah Anantara Desaru Coast Resort & Villas dengan sukacitanya mengumumkan bahawa veteran terkenal iaitu Fahdrul Abd Malek telah menyertai sebagai Chef Eksekutif baharu!
BILA ILHAM KONTEMPORARI BERSUA PANTAI NAN MEMUKAU
Biasan cahaya, angin segar dengan pemandangan laut maksima memberi seni bina kontemporari yang mewah dan mesra keluarga ini lain dari lain.
5 TIP KEJUTAN HARI KEKASIH OLEH PAKAR PROFESSIONAL MATCHMAKER
Sempena Hari Kekasih yang bakal tiba, 5 cadangan yang GL senaraikan ini bakal memberi kejutan hebat buat pasanganmu.
7 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI RAFAEL NADAL
Selain dilahirkan right-handed dan menggemari minuman Coca-Cola, legenda tenis Rafael Nadal terkenal dengan mengamalkan beberapa kepercayaan ‘pelik’ ketika berada di atas gelanggang tenis.
PANDUAN DESTINASI KEMBARA 2022 BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA
Bersempena dengan kehadiran Tahun Baharu Cina, Heavens Portfolio membariskan destinasi inspirasi sebagai panduan untuk pengembaraan tahun ini berdasarkan zodiak Cina anda.