Skip to content

samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki berpeluang untuk menggunakan telefon pintar boleh-lipat Samsung Galaxy Z Flip5 yang baharu dilancarkan di Seoul, Korea Selatan. Apa ciri terbaharu yang membuat ia lebih berkauasa?

Apabila Samsung mengadakan acara #SamsungUnpacked di Seoul baharu-baharu ini, pasti ramai yang menanti-nantikan apakah inovasi yang baharu dan terkini daripada gergasi teknologi Korea Selatan itu. Dan seperti diri saya, acara yang telah dihadiri barisan selebriti antarabangsa dan Malaysia itu tidak mengecewakan. Lebih-lebih lagi apabila Samsung memperkenalkan generasi baharu Samsung Galaxy Z Flip5.

samsung galaxy z flip5

Telefon pintar boleh-lipat Samsung Galaxy Z Flip5 adalah produk hero yang menjadi pilihan ahli kumpulan BTS serta pelakon hangat, Sydney Sweeney. Ia menampilkan inovasi desain yang premium serta variasi fungsi dan ciri baharu yang lebih fleksibel dan mudah. Saya berpeluang menggunakan Galaxy Z Flip5 ini dalam warna hitam yang lebih sleek dan maskulin.

 

Jadi, apakah ciri baharu yang membuatkan Samsung Galaxy Z Flip5 ini lebih berkuasa?

Flex Window Yang Lebih Besar

samsung galaxy z flip5

Dari segi desain, Samsung Galaxy Z Flip5 menampilkan perubahan yang paling ketara pada saiz skrin hadapan. Flex Window kini berukuran 3.4 inci yang jauh lebih besar. Bukan sahaja saiznya yang luas, ia juga menampilkan pelbagai fungsi yang memberikan kemudahan untuk digunakan tanpa perlu membuka lipatan telefon pintar itu.

Tahukah anda boleh menaip terus menggunakan Flex Window terbaharu ini? Kini, anda boleh terus membaca dan membalas teks, menonton video di Youtube atau Netflix, melihat peta pada Google Maps, mendengar playlist lagu kegemaran, serta merakamkan swafoto dan video. Visualnya tiada tandingan, cukup jelas dan mengagumkan. Dengan hanya sentuhan jari, anda boleh melakukan segalanya dengan mudah dan pantas.

 

Visual Kamera Yang Mengagumkan

samsung galaxy z flip5

Tidak boleh dinafikan lagi, teknologi kamera pada inovasi Samsung terbaharu ini sangat mengagumkan. Saya sangat menyukai kamera pada gajet Samsung terkini yang tiada tandingan. Lebih-lebih lagi pada fungsi kamera zoom yang sangat jelas dengan setiap perincian pada foto.

Rakaman swafoto pastinya lebih jelas dengan resolusi lebih tinggi kerana menggunakan kamera utama di Flex Window. Dengan menggunakan FlexCam, tiada lagi selfie atau wefie dengan kamera kedua (hadapan) yang resolusinya lebih rendah. Anda boleh menggunakan kamera Wide atau Ultra Wide, juga merakamkan gambar dan video pada waktu malam sudah pasti dengan jelas.

 

Desain Lebih Sleek dan Kompak

samsung galaxy z flip5

Samsung Galaxy Z Flip5 menampilkan desain telefon pintar boleh-lipat generasi terkini. Ianya lebih sleek dan kompak. Berbanding dengan generasi sebelum ini, ia memberikan Flex Hinge yang lebih halus dengan rekaan tanpa garisan yang ketara. Apabila dilipat, rekaan terbaharu ini memastikan habuk dan kotoran kecil daripada masuk ke skrin utama.

Bukan sahaja desainnya yang lebih ‘maskulin’ dalam warna Graphite yang urban dan moden. Binaannya juga kini lebih kuat, tegap dan tahan lasak dengan bingkai Armor Aluminum. Saya juga tidak perlu risau kerana ia mempunyai ketahanan kalis air yang menerima pengiktifaran daripada IPX8.

 

#JoinTheFlipSide Dengan Samsung Galaxy Z Flip5

samsung galaxy z flip5

Telefon pintar boleh-lipat flagship daripada Samsung ini dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy terbaharu yang paling berkuasa. Dengan solusi AI akan meningkatkan pengalaman pintar pada gajet yang lebih lancer dan pantas. Galaxy Z Flip5 hadir dalam dua versi iaitu 256GB pada harga RM4,499, atau versi 512GB pada harga RM4,999.

#JoinTheFlipSide dengan menyerlahkan personaliti diri anda dengan pilihan warna Mint, Cream, Lavender dan Graphite. Eksklusif secara atas talian pula, Samsung juga mempersembahkan pilihan warna yang pop seperti Gray, Blue, Green dan Yellow. Untuk membuat pra-tempahan, layari laman web rasmi Samsung Malaysia di sini.

 

Baca lebih lanjut: APA KELEBIHAN SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 TERBAHARU?

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut
must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut