Skip to content

samsung malaysia

APA KELEBIHAN SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 TERBAHARU?

Kongsikan artikel ini

Bersempena #SamsungUnpacked 2023 di Seoul, Korea Selatan, Samsung telah melancarkan generasi baharu Galaxy Z Flip5 yang fleksibel, versatil dan pastinya lebih berkuasa.

Samsung mempersembahkan peranti boleh-lipat yang kini dalam generasi kelima. Bersempena dengan acara #SamsungUnpacked 2023 yang berlangsung di Seoul, gergasi teknologi Korea Selatan itu telah melancarkan Galaxy Z Flip5 yang menawarkan pengalaman unik kepada pengguna dengan reka bentuk yang fleksbibel dan prestasi yang berkuasa.

samsung galaxy z flip5

Antara yang mencuri perhatian adalah fungsi Flex Hinge baharu yang membolehkan pengalaman boleh-lipat, malah juga menawarkan reka bentuk yang seimbang dan kukuh dari segi estetika. Ia didatangi dengan keupayaan kamera yang luar biasa seperti ciri FlexCam yang membantu pengguna merakam pelbagai citra gambar dengan penuh kreatif.

Dengan prestasi lasak dan bateri yang dioptimumkan, Galaxy Z Flip5 dikuasakan dengan pemproses terkini dalam menakrifkan semula segala kebolehan peranti mudah alih. Biarpun terbuka mahupun tertutup!

 

Ekspresi Diri Dengan Samsung Galaxy Z Flip5 Yang Mesra Poket

Seperti generasi sebelum ini, Galaxy Z Flip5 menawarkan pengalaman boleh lipat yang bergaya dalam peranti bersaiz kecil. Tambahan, dia diciptakan untuk mencerminkan ekspresi diri pengguna nanti.

Ciri Flex Window serba baharu kini bersaiz 3.78 kali lebih besar daripada generasi sebelumnya. Ia menawarkan pelbagai keupayaan dan menyediakan lebih banyak pilihan penyesuaian peribadi. Termasuk jam grafik bermaklumat yang boleh dipadankan dengan reka bentuk muka dan bingkai siri jam tangan Galaxy Watch6.

 

Selain itu, Flipsuit Case baharu yang khas melindungi Galaxy Z Flip5 boleh dipadankan dengan reka bentuk Flex Window. Dengan pilihan kad NFC pelbagai corak, lantas ia menawarkan lebih banyak pilihan pemperibadian untuk setiap pengguna.

Ketika ditutup, Galaxy Z Flip5 kini menawarkan lebih banyak fungsi. Dari Flex Window, pengguna berupaya mengakses maklumat dengan cepat dan mudah. Menerusi ciri Widgets, pengguna boleh menyemak keadaan cuaca, mengawal putaran muzik kegemaran dengan Media Controller. Ataupun mengikuti keadaan pasang surut pasaran saham global melalui widget Google Finance. Kesemua Widget boleh diakses secara pantas dengan gerak isyarat sentuhan pada skrin untuk mengaktifkan Paparan Multi Widget.

Selain itu, semak informasi dengan mudah dan akses ciri Quick Settings untuk Wi-Fi atau Bluetooth. Tanpa membuka peranti, semak imbas sejarah panggilan untuk membalas panggilan dan balas teks dengan menggunakan ciri Quick Reply. Ia dilengkapi dengan papan kekunci QWERTY untuk menaip teks nanti. Dan hanya leretkan jari pada skrin, pengguna boleh mengakses Samsung Wallet untuk membuat bayaran, mengakses kod QR dan kupon, pas masuk, kad keahlian, kunci digital serta pas kesihatan.

 

 

Kamera Samsung Yang Paling Fleksible!

Dengan reka bentuk yang tiada berbanding, Galaxy Z Flip5 juga menawarkan pengalaman kamera yang paling fleksibel pada telefon pintar Samsung Galaxy. Tangkap swafoto berkualiti tinggi dengan kamera belakang dengan Flex Window yang lebih besar. Pengguna juga boleh menangkap gambar bebas tangan yang menakjubkan dari pelbagai perspektif kreatif menggunakan FlexCam.

 

Pengguna juga boleh melihat dan mengedit rakaman dengan pantas dan mudah menggunakan Flex Mode. Semak, laras ton warna atau memadam imej dengan mudah dengan Quick View dalam Flex Window. Apabila mengambil foto bersama rakan, ciri Dual Preview pula mencerminkan diri dalam Flex Window dengan pelarasan dalam masa nyata untuk tangkapan foto yang sempurna. Juga ada fungsi Super Steady serta Auto Framing.

Pengalaman kamera Samsung Galaxy Z Flip5 juga diperhebatkan dengan kemaskini AI. Cetusan kreativiti diri dengan keupayaan Nightography dipertingkatkan yang mengoptimumkan foto dan video dalam keadaan pencahayaan ambien dan malap. Algoritma pemprosesan isyarat imej (ISP) berkuasa AI turut membetulkan sebarang hingar visual seperti meningkatkan butiran dan ton warna. Tidak ketinggalan, foto juga ternyata lebih jelas walaupun dirakam dari jarak yang jauh dengan fungsi zum digital 10X yang hebat.

 

samsung galaxy z flip5

Mahu sertai inovasi Samsung terbaharu? Anda boleh membuat pra-tempahan Galaxy Z Flip5 bermula 26 Julai hingga 17 Ogos 2023 pada harga bermula RM 4,499 di https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/

 

Foto: Samsung Malaysia

Baca lebih lanjut: APA KELEBIHAN SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 TERBAHARU?

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut