Skip to content

APPLE PERKENALKAN HOMEPAD, SPEAKER PINTAR DENGAN INTEGRASI SIRI

Kongsikan artikel ini

Syarikat Apple semalam telah memperkenalkan sebuah pembentu suara (speaker) rumah yang diberi nama HomePod alat pembantu suara digital, yang dikuasakan integrasi kecerdasan buatan Siri. HomePod yang akan dijual pada harga US$349 apabila ia mula didapati pada bulan Disember di Amerika Syarikat, Australia dan Britain. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh CEO Apple, Tim Cook pada persidangan pemaju tahunannya. HomePod dikhabarkan bakal memberikan persaingan sengit dengan  Amazon Alexa dan Google Home sebagai hab rumah bijak dan hab muzik.

“Ia amat kool, kita benar-benar percaya ia akan memberi satu pengalaman pendengaran muzik di rumah anda ke tahap seterusnya,” katanya tentang peranti baru itu. HomePod telah direka untuk operasi serasi dengan perkhidmatan Apple Muzik dan boleh menghasilkan bunyi berkualiti tinggi manakala memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan Siri.

Menyokong Siri dalam bahasa Malaysia, Apple HomePod ini hadir dengan ketinggian sekitar 7-inci, dilengkapi cip Apple A8, malah turut dilengkapi teknologi pengecaman persekitaran bilik dalam membolehkan ia menawarkan pengalaman audio yang amat baik. Khabarnya, ia datang dengan dua variasi warna, iaitu hitam dan putih. Walaubagaimanapun, masih belum diketahui sama ada speaker pintar ini akan memasuki pasaran tempatan atau tidak? Sama-sama kita nantikan.

https://www.youtube.com/watch?v=1hw9skL-IXc

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut