Skip to content

ARE YOU A SHOPAHOLIC? AYUH SEGERA ATASINYA!

Kongsikan artikel ini

Zaman kini, bukan kaum wanita sahaja yang punya obsesi membeli-belah, kaum lelaki juga turut sama berebut-rebut untuk membeli sepatu baru, helaian trench coat dari jenama mewah, mahupun seutas jam yang kadang tidak masuk akal harganya. Mengapa ini terjadi? Adakah disebabkan paksaan dari orang sekeliling anda ataupun kemahuan tersendiri? Apa-apapun, jika anda punya tabiat membeli yang kritikal, ada sudah layak digelar seorang shopaholic. Ayuh ikuti langkah-langkah dari GLAM Lelaki untuk mengatasi masalah ini.

 

KETAHUI KEPERLUAN ANDA – Pastikan sebelum memulakan proses membeli-belah, catat dahulu senarai barang yang anda benar-benar perlukan. Ini memudahkan anda fokus membeli barangan tertentu sahaja. Fahami dan kenal pasti dahulu keperluan harian.

PELAN BAJET – Pelan bajet anda. Ini adalah salah satu cara efektif yang membolehkan anda pelan kewangan anda juga. Bila adanya cara sebegini, anda tidak mudah untuk membeli barangan yang bukan keperluan harian dan secara tidak langsung, mengurangkan kos kerugian untuk kewangan peribadi.

USAH LAMA DI MALL – Ramai di antara kita yang selalu menghabiskan masa di shopping mall. Konsepnya mudah, lagi lama anda berada di dalam mall, lagi banyak wang yang anda akan keluarkan untuk membeli barangan kepentingan. Selalunya situasi sebegini berlaku apabila hari pertama anda mendapat gaji ataupun musim sale. Tawaran diskaun rendah akan menyebabkan anda berada lama di dalam pusat beli-belah. Usah tertipu dengan promosi iklan yang ditawarkan. Ada baiknya sebelum memasuki mana-mana gedung komersil, tanamkan dalam fikiran anda, “Hanya beli barangan keperluan sahaja.”

TINGGALKAN KAD KREDIT DI RUMAH – Kebanyakan shopaholic tergoda dengan impulse purchase – membeli secara spontan, tanpa dirancang, tanpa berfikir panjang. Sampaikan ada yang menyesal dengan pembelian yang dibuat. Hasilnya, almari dipenuhi pakaian ataupun kasut yang tidak pernah dipakai mahupun buku yang tidak pernah dibaca. Impulse purchase semakin menjadi-jadi apabila adanya kad kredit. Sebab bila kita inginkan sesuatu namun wang tunai tidak cukup, swipe saja! Untuk mengurangkan pembelian spontan, keluarkan kad kredit daripada dompet anda dan simpankan sahaja di rumah. Jadi, pabila keluar ke pusat beli-belah, anda akan rasa tersekat untuk shopping dengan tiadanya kad kredit. Ini juga akan memaksa anda berfikir panjang (“Do I really need those shoes?”) agar tidak menyesal dengan mana-mana pembelian tidak dirancang.

LAKUKAN AKTIVITI LAIN – Apa kata anda mencuba sesuatu yang baru? Lupakan niat membeli anda dengan melakukan aktiviti lain yang mendatangkan faedah. Bersukan, membaca ataupun menulis merupakan antara aktiviti yang bukan sahaja mendatangkan faedah, malah ia percuma!

BIMBINGAN KAUNSELING – Mengikut kajian, seorang shopaholic akan mempunyai tekanan perasaan dan murung jika tidak melakukan aktiviti membeli-belah. Jika anda mempunyai masalah sebegini, adalah baiknya jika anda berjumpa dengan pakar kaunseling. Jika lama anda biarkan, ia akan menjadi lebih kritikal dan boleh menyebabkan struktur kewangan anda terganggu. Jangan ambil mudah perkara sebegini, ayuh lakukan sesuatu mengenainya!

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut