Skip to content

CITIZEN LANCAR TIGA MODEL BAHARU SATELLITE WAVE GPS F150

Kongsikan artikel ini

Dilancarkan oleh CITIZEN WATCH pada tahun 2011, Eco-Drive SATELLITE WAVE H990 merupakan jam tangan berkuasa cahaya pertama di dunia yang menerima isyarat waktu daripada satelit agar sentiasa menunjukkan masa yang tepat di mana-mana sahaja di dunia. Pada tahun 2018, sebuah kemas kini diperkenalkan untuk model ini – Eco – Drive SATELLITE WAVE GPS F990, yang sekali lagi memajukan keupayaannya untuk menggunakan Satelit GPS untuk menetapkan masa dan zon waktu berdasarkan lokasi pengguna.

Citizen Satellite Wave GPS F150: Keupayaan teknologi yang maju pada harga permulaan

Model baharu SATELLITE WAVE GPS F150 meneruskan tradisinya yang menawarkan keupayaan dan utiliti yang luar biasa, tetapi kini pada harga permulaan. Malah, kesemua keupayaan model semasa ini, SATELLITE WAVE GPS F990 boleh didapati pada Eco-Drive SATELLITE WAVE GPS F150 baharu. Ini termasuk kelajuan pemerolehan isyarat satelit yang semakin laju (*minimum 30 saat diperlukan) selain kepantasan putaran jarum jam dan minit untuk menunjukkan waktu yang tepat, setelah isyarat masa dan lokasi diterima daripada satelit GPS.

Reka bentuk diinspirasikan oleh teknologi

Model baharu SATELLITE WAVE GPS F150 bukan sahaja menggabungkan butiran reka bentuk daripada SATELLITE WAVE GPS F990 semasa, tetapi juga daripada salah satu model terawal yang paling disanjungi dalam rangkaian SATELLITE WAVE, SATELLITE WAVE F100.

SATELLITE WAVE F100, yang dilancarkan pada tahun 2014, dipuji untuk reka bentuk bersudut yang moden, dengan permukaan bersegi-segi pada bekas jam. SATELLITE WAVE GPS F150 baharu turut mewarisi idea reka bentuk ini untuk pemegang tali jam ataupun lug, yang mengunjurkan enam permukaan bersegi-segi pada setiap lug. yang mengimbau kembali rupa unik keluaran terdahulu.

Butiran reka bentuk pada model semasa, SATELLITE WAVE GPS F990 juga boleh didapati pada SATELLITE WAVE GPS F150 baharu. Corak turbin berputar, yang boleh dilihat sebagai latar belakang bertekstur pada model pertama menjadi inspirasinya. Pada SATELLITE WAVE GPS F150, corak ini lebih jelas oleh kerana ia menempati sebahagian besar muka jam. Kilauan pada muka jam apabila cahaya bergerak melintasinya menjadikan penampilannya pada pergelangan tangan mengagumkan.

Fungsi Optimum setiap hari dan untuk perjalanan anda

SATELLITE WAVE GPS F150 adalah jam tangan sempurna untuk kegunaan harian dengan rupa dan fungsi modennya. Selain daripada jarum jam dan minit utama yang menunjukkan waktu, serta apertur untuk tarikh, apa yang menonjolkan ciri keseluruhan jam tangan ini adalah bahagian sub-muka jam pada pukul 7.30. Pada bahagian ini, dalam sub-muka jam, terdapat jarum Fungsi, penunjuk Hari, rizab Kuasa dan tetapan waktu Musim Panas (buka atau tutup). Digunakan dengan gabungan tombol pemutar jam dan dua penekan pada sisi bekas jam, semua fungsi jam tangan termasuk penerimaan isyarat waktu satelit, penukaran waktu musim panas ke waktu standard dan penyelarasan mengikut waktu dunia boleh ditetapkan.

Selain itu, SATELLITE WAVE GPS F150 turut dilengkapi dengan teknologi Eco-drive yang berhak milik kepada CITIZEN, bermakna ia dicas dengan sumber cahaya dan tidak memerlukan bateri.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER

Bacaan Lanjut