ARE YOU A SHOPAHOLIC? AYUH SEGERA ATASINYA!
Zaman kini, bukan kaum wanita sahaja yang punya obsesi membeli-belah, kaum lelaki juga turut sama berebut-rebut untuk membeli sepatu baru, helaian trench coat dari jenama mewah, mahupun seutas jam yang kadang tidak masuk akal harganya. Mengapa ini terjadi? Adakah disebabkan paksaan dari orang sekeliling anda ataupun kemahuan tersendiri? Apa-apapun, jika anda punya tabiat membeli yang kritikal, ada sudah layak digelar seorang shopaholic. Ayuh ikuti langkah-langkah dari GLAM Lelaki untuk mengatasi masalah ini.

KETAHUI KEPERLUAN ANDA – Pastikan sebelum memulakan proses membeli-belah, catat dahulu senarai barang yang anda benar-benar perlukan. Ini memudahkan anda fokus membeli barangan tertentu sahaja. Fahami dan kenal pasti dahulu keperluan harian.
PELAN BAJET – Pelan bajet anda. Ini adalah salah satu cara efektif yang membolehkan anda pelan kewangan anda juga. Bila adanya cara sebegini, anda tidak mudah untuk membeli barangan yang bukan keperluan harian dan secara tidak langsung, mengurangkan kos kerugian untuk kewangan peribadi.
USAH LAMA DI MALL – Ramai di antara kita yang selalu menghabiskan masa di shopping mall. Konsepnya mudah, lagi lama anda berada di dalam mall, lagi banyak wang yang anda akan keluarkan untuk membeli barangan kepentingan. Selalunya situasi sebegini berlaku apabila hari pertama anda mendapat gaji ataupun musim sale. Tawaran diskaun rendah akan menyebabkan anda berada lama di dalam pusat beli-belah. Usah tertipu dengan promosi iklan yang ditawarkan. Ada baiknya sebelum memasuki mana-mana gedung komersil, tanamkan dalam fikiran anda, “Hanya beli barangan keperluan sahaja.”
TINGGALKAN KAD KREDIT DI RUMAH – Kebanyakan shopaholic tergoda dengan impulse purchase – membeli secara spontan, tanpa dirancang, tanpa berfikir panjang. Sampaikan ada yang menyesal dengan pembelian yang dibuat. Hasilnya, almari dipenuhi pakaian ataupun kasut yang tidak pernah dipakai mahupun buku yang tidak pernah dibaca. Impulse purchase semakin menjadi-jadi apabila adanya kad kredit. Sebab bila kita inginkan sesuatu namun wang tunai tidak cukup, swipe saja! Untuk mengurangkan pembelian spontan, keluarkan kad kredit daripada dompet anda dan simpankan sahaja di rumah. Jadi, pabila keluar ke pusat beli-belah, anda akan rasa tersekat untuk shopping dengan tiadanya kad kredit. Ini juga akan memaksa anda berfikir panjang (“Do I really need those shoes?”) agar tidak menyesal dengan mana-mana pembelian tidak dirancang.
LAKUKAN AKTIVITI LAIN – Apa kata anda mencuba sesuatu yang baru? Lupakan niat membeli anda dengan melakukan aktiviti lain yang mendatangkan faedah. Bersukan, membaca ataupun menulis merupakan antara aktiviti yang bukan sahaja mendatangkan faedah, malah ia percuma!
BIMBINGAN KAUNSELING – Mengikut kajian, seorang shopaholic akan mempunyai tekanan perasaan dan murung jika tidak melakukan aktiviti membeli-belah. Jika anda mempunyai masalah sebegini, adalah baiknya jika anda berjumpa dengan pakar kaunseling. Jika lama anda biarkan, ia akan menjadi lebih kritikal dan boleh menyebabkan struktur kewangan anda terganggu. Jangan ambil mudah perkara sebegini, ayuh lakukan sesuatu mengenainya!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.











