ASICS NOVABLAST™ PERKUKUH PRESTASI LARIAN
Rutin maraton, berlari dan berjoging menjadi aktiviti kegemaran ramai dalam memperkasa postur tubuh dan kesihatan, namun pemilihan kasut menjadi aspek paling penting agar setiap larian dapat memberikan impak positif. Memperkenalkan NOVABLAST, kasut larian terkini dari jenama ASICS. Dengan reka bentuk yang unik seiring prestasi ASICS, NOVABLAST™ menawarkan elemen energetik dalam menyuntik dos sihat dalam kehidupan seharian.
Ringan dan responsif, kedua elemen ini menjadikan NOVABLAST™ unggul buat pelari kerana kasut ini mengambil inspirasi daripada trampolin, membolehkan pelari untuk mencari rentak mereka kala melakukan setiap langkahan. Midsole Blast FLYTEFOAM™ yang baru turut menjadikan kasut ini lembut namun tetap responsif di bawah kaki. Walaupun hanya seberat kira-kira 275g (M) dan 225g (W), reka bentuk midsole NOVABLAST™ menjanjikan pelari pengalaman larian bertenaga untuk prestasi yang unggul.
Fabrik yang digunakan di atas kasut ini pula menyediakan aliran udara yang sangat baik untuk pergerakan yang sejuk dan nyaman. Bukan semata direka untuk keselesaan tersendiri, namun ia juga teguh, disokong tanpa sebarang overlay yang dijahit mahupun ditampal. Sole NOVABLAST ™ pula menggunakan AHARPLUS™ yang menawarkan ketahanan hakisan dan geseran menjanjikan imbangan dan larian lebih baik.
Bermula pada harga jualan RM529, The NOVABLAST™ kini tersedia untuk lelaki mahupun wanita menerusi butik ASICS, kedai atas talian dan stor pakar larian bermula 27 Februari 2020. Layari ASICS NOVABLAST dan www.ASICS.com untuk informasi lanjut.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.
H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Pete Davidson membintangi kempen baru H&M. Menyuntik semangat baharu nan segar dalam lapangan fesyen lelaki.
FESYEN UPDATE! TIGA HIMPUNAN MESTI TAHU SEKARANG
Apakah koleksi terkini? GLAM Lelaki kongsikan tiga himpuna terkini yang wajar dimiliki bulan ini.
ART IN MOTION: SNIKER IKONIK ASICS SPORTSTYLE BERSAMA ARTIS SENI ASIA TENGGARA
Asics Sportstyle mempersembahkan Art In Motion, koleksi kasut ikonik edisi terhad bersama tiga artis dari Asia Tenggara iaitu Kenji Chai, tobyato dan Irin Ariyatanaporn (Ann).
TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES
Tommy Hilfiger melantik Shawn Mendes untuk projek ‘Play it Forward’ dan kempen ‘Classics Reborn’.