Skip to content

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Kongsikan artikel ini

 Pelancaran Aurum Theatre di The Exchange TRX menandakan pengalaman hiburan ultra-mewah yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.

Aurum Theatre, sebuah konsep hiburan mewah yang dibawakan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) melancarkan lokasi terbaharu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Dengan keluasan lebih dari 120,000 kaki persegi meliputi 4 tingkat, pawagam ini menandakan pengalaman hiburan ultra-mewah terbesar di Asia Tenggara. Dengan dewan pawagam termaju, lokasi makanan dan minuman baharu, barangan, dan ruangan hiasan tersendiri bagi menghidupkan acara serba gemilang dibawah satu bumbung.

aurum theatre

Aurum Theatre, The Exchange TRX meningkatkan pengalaman ultra-mewah secara menyeluruh. Dengan 11 dewan yang direka penuh kemewahan, setiap satunya membawakan hiasan dalaman yang tersendiri dan tempat duduk yang amat selesa. Dilengkapi dengan teknologi termaju untuk pengalaman menonton yang terunggul, Aurum Theatre, The Exchange TRX menempatkan dewan IMAX yang pertama yang menampilkan tempat duduk yang bersandar, dan dilengkapi dengan 12 saluran bunyi yang mengasyikkan. Cukup sesuai untuk menonton filem-filem pecha panggung seperti “Dune: Part 2”. Dewan ini juga memaparkan skrin ScreenX terbesar di Malaysia dengan pengalaman menonton berpanorama seluas 270 darjah yang lengkap dengan tempat duduk bersandar. Peminat IMAX dan ScreenX juga akan menikmati snek dan minuman secara percuma yang terkandung dalam pas filem mereka.

imax

Selain itu, kabin mewah persendirian Maybank Comfort Cabins pula diinspirasi daripada Grand Theatre yang terkemuka. Juga pilihan terbaik bagi penonton yang mahukan keselesaan penuh dengan kerusi bersandar baharu dengan teknologi Stressless yang dipatenkan.

Aurum Theatre, Pengalaman Hiburan Ultra-Mewah Terkemuka Yang Terbesar di Asia Tenggara

Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih mewah, dua buah dewan pawagam Getha Lux Suites disediakan. Ia menampilkan keselesaan kerusi bersandar Getha dengan peti sejuk mini terbina yang diisi dengan snek dan minuman.Kerusi Getha bersandar yang baharu dan dipertingkat, memberikan keselesaan dan sesuai untuk tontonan filem yang berdurasi panjang. Kerusi ini juga dilengkapi dengan lubang pengecasan tanpa wayar, lampu yang boleh dimalapkan, selimut gebu, dan selipar bilik percuma.

aurum theatre

Direka berdasarkan tema filem-filem epik dengan rujukan daripada budaya pop terkemuka, keempat-empat dewan Escape Studio menawarkan pengalaman yang boleh penonton alami dan abadikan dalam Instagram mereka. Tema-tema yang disediakan dalam dewan-dewan ini termasuklah ‘La Romance Hall’ – diinspirasi dari kota cinta iaitu Paris dan kisah mitos romantik di layar perak. Dewan ‘Neon Nippon Hall’, penuh bercahaya yang membawakan kesibukan jalanan di Shinjuku, Tokyo. Dewan ‘Couture Hall’ yang mengabadikan kecanggihan moden dan diinspirasi daripada filem ‘The Devil Wears Prada’. Ia direka khusus dengan tona hitam putih dan merah menyala. Akhir sekali, dewan ‘The Rhapsody Hall’ yang berkelas, bertemakan muzik sebagai penghormatan kepada runut bunyi filem klasik yang menghiasi dinding dewan ini.

Tidak kira jenis dewan pawagam yang dipilih, setiap Aurum Pass mengandungi pilihan menu snek dan minuman yang tersendiri. Hidangan snek ini akan dihantar terus ke tempat duduk penonton semasa mereka menonton filem.

Tingkatkan Deria Rasa di Hokkaido Table

trx

Hokkaido Table mempersembahkan menu gabungan Jepun-Itali melalui Omakase, Restaurant and Bar. Ia menjanjikan kesegaran bahan dan ramuan yang bermusim, diinspirasikan daripada rasa klasik masakan Itali. Dikenali sebagai Omakase dalam premis pawagam yang pertama seumpamanya, menu Omakase membawakan rasa yang paling segar – dengan pilihan hidangan tengah hari dan malam yang tersedia.

Restoran ini menawarkan aneka rasa yang menggamit minat tetamu yang meliputi Sashimi Moriawase, hidangan utama pasta makanan laut dan risotto. Hidangan utamanya pula membawakan ciri ringan yang beraneka daripada herba-herba Itali yang dilengkapkan dengan rasa umami, termasuklah hidangan ikan, ayam dan daging. Untuk mengakhiri jamuan, pilihan pencuci mulut tersedia seperti Tiramisu, kek keju bakar dan strawberry shortcake. Di Bar, terdapat pelbagai pilihan mocktail menyegarkan dan snek untuk dinikmati bagi mereka yang ingin menikmati segelas minuman keras.

Santai Di Kissa Cafe and Diner

Pengunjung yang gemarkan makanan Jepun-Barat boleh singgah menjamu selera di Kissa Cafe and Diner. Lengkap dengan ruang yang ceria dan kasual untuk menikmati hidangan bersama rakan atau yang tersayang. Ia diinspirasikan daripada kissaten asli Jepun dan imbauan restoran berkonsepkan ‘diner’ di Barat. Menu di sini membawa hidangan utama termasuk burger klasik, sando, ramen, dan pasta dengan sentuhan Jepun. Sambil menjamu selera, hilangkan dahaga dengan minuman istimewa Kissa termasuk Galaxy Lemonade, Sweet Potato Latte, Cheese Mousse Matcha dan Mocha Cheese Foam.

Hokkaido Table dan Kissa Café and Diner dibuka kepada orang ramai, tidak terhad kepada penonton filem sahaja.

aurum trx

Harga tiket bagi Aurum Theatre adalah seperti berikut:

Dewan  Harga Tiket Promosi Pembukaan (6 Februari – TBC) Harga Biasa  
Getha Lux Suites RM350 / berkembar RM440 / berkembar
Escape Studios RM120 / tempat duduk RM150 / tempat duduk
Maybank Comfort Cabin RM300 / berkembar RM360 / berkembar
IMAX RM65 / tempat duduk RM80 / tempat duduk
ScreenX

ScreenX (2D)

RM65 / tempat duduk

RM55 / tempat duduk

RM80 / tempat duduk

RM70 / tempat duduk

 

Nikmati hiburan ultra-mewah terbesar di Asia Tenggara di Aurum Theatre, The Exchange TRX dan tempah tiket anda sekarang di https://aurumtheatre.com.my/

 

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA FEBRUARI 2024

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut
the table suria klcc

PENGALAMAN KULINARI JEPUN, THE TABLE KINI DIBUKA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
cha eun-woo

CHA EUN-WOO MELANCARKAN STOR SKECHERS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut