Skip to content

BENARKAH LELAKI LEBIH CUAI?

BENARKAH LELAKI LEBIH CUAI?

Kongsikan artikel ini
1 of 7

Jangan tersinggung bila apa yang bakal GLAM Lelaki reveal ini adalah benar sama sekali!

What do you call someone who always loses things? I’d say that “forgetfull”! Terma terbaik buat lelaki dan wanita yang selalu lupa, hilang atau tertinggal barang terlampau kerap. Apa maksudnya apabila seseorang itu sering kehilangan barang? Apatah lagi barangan peribadi yang sering dibawa ke sana ke mari. Ada kajian berpendapat alasan utama adalah dek kurangnya perhatian dan ingatan yang makin tumpul. Sebab lain juga adalah kerana tekanan, keletihan, dan kekerapan multi-tasking.

Kita semua pernah bangun lewat lalu bersiap dan masa itu jugalah momen panik mencari kunci kereta dan dompet namun tak berjumpa. Dalam kepala langsung tidak ingat di mana tempat terakhir kita letak item semalam. Tahukah anda? Lelaki menghabiskan 2.5 hari setahun untuk mencari barang yang diletakkan di tempat yang salah. Item salah tempat teratas adalah alat kawalan jauh TV (lebih daripada 71% kita kehilangan alat kawalan jauh sekurang-kurangnya sekali sebulan) diikuti dengan telefon, kunci kereta dan rumah, cermin mata, dan kasut! Lebih-lebih lagi, secara kolektif kita membelanjakan berbillion setiap tahun untuk menggantikan barang yang hilang, dan lebih daripada separuh daripada kita kerap hadir lewat ke pejabat atau sekolah dek kerana masa yang diperuntukkan untuk ‘pencarian’ yang mengecewakan itu.

 

Dua kali seminggu, hampir seperempat orang lelaki meletakkan kunci rumah atau kereta mereka dan lebih daripada separuh mengatakan mencari barang yang hilang setiap pagi antara punca mereka lewat ke pejabat atau sekolah. Multitasking adalah penyebab yang utama dan paling banyak disebutkan kerana salah meletakkan item dan hampir separuh mengatakan bahawa melakukan lebih dari satu tugas juga antara penyebab terlupa lokasi barang peribadi.

 

Rata-rata lelaki kehilangan sembilan item setiap hari. Hampir 3,300 barang setiap tahun, dan kira-kira 60 jam hilang setiap tahun, atau hampir dengan 2.5 hari. Apa yang sering lelaki hilang? Dompet, pengecas telefon, kad bank, payung, smartphones, alat solek, perhiasan, kasut, jam tangan dan topi. Slide ke sebelah untuk mengenali lebih lanjut, item yang dapat membantu hidup anda jadi lebih mudah mulai hari ini.

1 of 7

By Nisa' Halid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut