Skip to content

BIG BANG MENGEJUTKAN PEMINAT SELEPAS 7 TAHUN

BIG BANG MENGEJUTKAN PEMINAT SELEPAS 7 TAHUN

Kongsikan artikel ini

Selepas tujuh tahun, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan, BIG BANG akhirnya kembali semula  tanpa dirancang.

Kumpulan lelaki yang membawa fenomena dari Korea Selatan hingga serata dunia, BIG BANG akhirnya kembali dan membuat persembahan bersama tanpa dirancang. Salah seorang ahli BIG BANG, Taeyang telah melakukan konsertnya,  The Light Year di Seoul pada 31 Ogos dan 1 September 2024 yang lalu. Konsert ini disertai dengan sambutan Taeyang yang sudah berada di dalam industri muzik selama hampir dua dekad.  Persembahan dari rakan sekumpulannya, Daesung menambah kemeriahan konsert ini.  Konsert ini merupakan konsert solo Taeyang yang pertama selama tujuh tahun. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TAEYANG (@__youngbae__)

G-Dragon yang asalnya datang untuk memberi sokongan kepada Taeyang muncul di atas pentas tanpa dirancang. Lagu We Like 2 Party dari album MADE pada tahun 2016 dipersembahkan oleh Taeyang bersama Daesung dan G-Dragon. Taeyang dan G-Dragon juga mempersembahkan lagu duo ikonik mereka, Good Boy secara langsung buat pertama kalinya selepas 7 tahun. Aura G-Dragon dipuji orang ramai atas persembahannya yang hebat walaupun setelah sekian lama diam dari industri muzik. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TAEYANG (@__youngbae__)

BIG BANG pada asalnya dijadualkan untuk membuat persembahan di festival Coachella pada tahun 2020. Malangnya, festival tersebut dibatalkan atas sebab Covid-19. Pada bulan April 2022, kumpulan ini melancarkan lagu Still Life sebagai tanda selamat tinggal kepada zaman muda mereka sebagai generasi kedua K-Pop.  

Selain dari persembahan mengejut dari kumpulan itu, Taeyang juga menjemput rakan artisnya yang lain untuk membuat persembahan di konsertnya. Penyanyi Korea Selatan seperti Somi dan Seventeen BSS juga memeriahkan konsert tersebut dengan persembahan mereka. 

BIG BANG

BIG BANG

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

STRAY KIDS DALAM KEMPEN MUSIM LURUH 2024 TOMMY HILFIGER

STRAY KIDS DALAM KEMPEN MUSIM LURUH 2024 TOMMY HILFIGER

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BERI KEJUTAN KEPADA PEMINAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-34

G-DRAGON BERI KEJUTAN KEPADA PEMINAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-34

Bacaan Lanjut
G-DRAGON SUMBANG KEPAKARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

G-DRAGON SUMBANG KEPAKARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

Bacaan Lanjut
4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

Bacaan Lanjut