Skip to content

BUKU FATTAH AMIN TERIMA ANUGERAH BUKU NEGARA 2017

Kongsikan artikel ini

Buku penuh dengan kontroversi, hasil penulisan pelakon yang semakin melonjak baik, Fattah Amin yang berjudul 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin berjaya meraih kategori Buku Popular di Anugerah Buku Negara 2017. Ia disahkan sendiri oleh Fattah melalui posting terkini di Instagramnya. Yang lebih membanggakan, Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu merupakan artis pertama yang menerima anugerah di acara yang memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis buku.

Jelasnya, “semua ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan yang bertali-arus dari semua peminat-peminat saya. Tanpa anda semua, perjalanan saya akan terasa lebih jauh. With you guys, you made my days easier and make me more positive in facing everything that comes my way.”

Melalui temubual Fattah bersama dengan media tempatan baru-baru ini, dia juga bakal menerbitkan buku tersebut dalam versi bahasa Inggeris tidak lama lagi. Dan baru-baru ini, dia baharu sahaja melancarkan novel Wanita Terakhir hasil tulisan novelis terkenal Ezza Mysara itu merupakan hasil terjemahan Fattah berdasarkan lagu dengan judul yang sama. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Fattah Amin!

(Photo credit: Instragram @fattahaminz)

Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Mei 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SELEPAS PUTERA HARRY, PUTERA WILLIAM PULA UMUM BAKAL TERBITKAN BUKU

SELEPAS PUTERA HARRY, PUTERA WILLIAM PULA UMUM BAKAL TERBITKAN BUKU

Bacaan Lanjut

Pameran Digital LOEWE FOUNDATION Craft Prize 2021

Bacaan Lanjut

Mesej Misteri Pada Lukisan ‘The Scream’ oleh Edvard Munch Akhirnya Terungkai

Bacaan Lanjut

Karya Sandro Botticelli Dijual Dengan Harga US$92 Juta

Bacaan Lanjut
NEW GEN 2021: THE NEW SYSTEM: YUSUF BAHRIN

NEW GEN 2021: THE NEW SYSTEM: YUSUF BAHRIN

Bacaan Lanjut

7 Buku Buat Rujukan Gaya Lelaki Tahun Ini

Bacaan Lanjut