Skip to content

sheraton pj

CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL

Kongsikan artikel ini

Alami pengalaman yang elegan dan autentik untuk menikmati cita rasa kulinari Jepun premier di restoran Miyabi di Sheraton Petaling Jaya Hotel.

Miyabi membawa maksud ‘elegan’ dalam Bahasa Jepun. Restoran Miyabi di Sheraton Petaling Jaya Hotel menyajikan pengalaman yang elegan dan autentik untuk menikmati cita rasa Jepun asli. Destinasi kulinari premier ini diterajui oleh Chef Tetsuya Yanagida ini meraikan kembara gastronomi yang meraikan esen sebenar sajian Jepun dengan sentuhan kontemporari.

makanan Jepun

Chef Tetsuya Yanagida diraikan atas dedikasinya dalam mengekalkan teknik masakan tradisi Jepun. Berbekalkan pengalaman selama dua dekad, Chef Tetsuya telah berkongsikan pengalamannya di lokasi terkemuka, dari Jepun kepada restoran di Kuala Lumpur. Falsafah dan semangat dibiaskan melalui seleksi menu di Miyabi. Ia merefleksikan komitmen untuk mengekalkan esen tradisional masakan Jepun, selain menonjolkan inovasi kulinari moden.

Sisi elegan Miyadi dipersembahkan dengan menu eksklusif yang menampilkan Omakase, Yakiniku dan pilihan a la carte. Semuanya menggunakan daging Wagyu Jepun. Diimport dari Jepun Barat, daging mewah ini melalui saringan yang ketat untuk memastikan standard yang tertinggi. Tambahan, Miyabi juga mementingkan penggunaan bahan-bahan tempatan seperti makanan laut segar dari Pulau Pinang.

Pengalaman Kulinari Jepun Yang Elegan

Berlokasi di Sheraton Petaling Jaya Hotel, Miyabi mempersembahkan lantai kayu yang bergaya dan seni dekorasi yang membiskan suasana penuh Zen. Ruang makan utama juga memberikan ruang yang selesa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan. Serta, kaunter sushi yang boleh menempatkan sehingga sembilan pengunjung akan memberikan pengalaman yang lebih eksklusif. Buat yang mahukan privasi pula, Miyabi mempunyai 10 ruang makan persendirian, termasuklah empat yang didedikasikan untuk Yakiniku. Ruang-ruang ini cukup sesuai untuk acara keraian dan perjumpaan bisnes.

Pengunjung boleh menikmati suasana yang menenangkan tetapi kekal sofistikated untuk mencuba seleksi menu a la carte Jepun. Ini termasuklah sushi, sashimi, tempura dan set omakase. Restoran ini juga mempunyai stesen masakan secara langsung yang akan menonjolkan bakat cef ketika menyediakan makanan. Sudah pasti akan menyuntik pengalaman yang tersendiri kepada setiap pengunjung.

Sama ada anda mencari pengalaman kulinari yang menyelerakan seperti teppanyaki, sushi dan sashimi. Atau ruang untuk acara istimewa dan perjumpaan bisnes, Miyabi menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai restoran Miyabi di Sheraton Petaling Jaya Hotel di sini.

 

Baca lebih lanjut: 60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Restoran

5 SPOT RESTORAN MEWAH FOR ‘FIRST DATE’

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut
the table suria klcc

PENGALAMAN KULINARI JEPUN, THE TABLE KINI DIBUKA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA

Bacaan Lanjut