Skip to content

KONSERT COKELAT KEMBALI DI KUALA LUMPUR DIBATALKAN

COKELAT UBATI KERINDUAN PEMINAT DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Kumpulan Cokelat bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk menghiburkan peminat buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun.

Berita tersebut merupakan satu kejutan besar dan menggembirakan buat peminat kumpulan rock alternatif dari Bandung, Indonesia ini. Cokelat dianggotai oleh Kikan selaku vokalis dan lima lagi ahli iaitu Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram).

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1996 ini berpecah pada 2010 selepas pengunduran Kikan untuk memberi tumpuan penuh kepada anak-anaknya yang masih kecil. Mereka kembali bersatu menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022.

“Mungkin ini rahsia Allah. Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergabung dengan abang-abang saya di sini. Jadi reunion ini sangat istimewa,” kata Kikan, menurut laporan Kosmo!.

cokelat kembali

Hadiah Buat Peminat Cokelat

Sempena penyatuan ini, Cokelat akan kembali ke Malaysia menerusi konsert Mega yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 September 2024.

Menurut Kikan, mereka amat teruja kerana berpeluang untuk menghiburkan peminat di Malaysia sekali lagi dan akan melakukan persediaan sebaiknya.

“Seperti semua tahu, kali terakhir kami membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun lalu. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia.

“Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia. Kami juga sangat rindukan Malaysia yang sudah kami anggap seperti rumah kedua,” katanya.

Harga tiket konsert Cokelat Kembali dijual bermula dari RM139 hingga RM380 di laman web UberTickets Asia.

 

Foto: Harian Metro

Pautan berkaitan: SHEILA MAJID & DISKORIA BERKONGSI PENTAS KONSERT

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KONSERT COKELAT KEMBALI DI KUALA LUMPUR DIBATALKAN

KONSERT COKELAT KEMBALI DI KUALA LUMPUR DIBATALKAN

Bacaan Lanjut

KONSERT ‘MARCELL DUA DEKADE’, RAI 20 TAHUN BERSAMA PEMINAT MALAYSIA

Bacaan Lanjut
MILLER KHAN AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN GADIS DARI SEBERANG

MILLER KHAN AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN GADIS DARI SEBERANG

Bacaan Lanjut
SELEPAS AFGAN, IRWANSYAH PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19

SELEPAS AFGAN, IRWANSYAH PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19

Bacaan Lanjut