KONSERT ‘MARCELL DUA DEKADE’, RAI 20 TAHUN BERSAMA PEMINAT MALAYSIA
Bintang Indonesia, Marcell akan meraikan pembabitan dalam dunia seni dengan konsert “Marcell Dua Dekade” pada 9 Disember sebagai hadiah istimewa buat peminat.
Jika anda ‘Menunggu’ bilakah tiba giliran penyanyi R&B dan soul bersuara merdu, Marcell Siahaan akan kembali semula ke Malaysia untuk melakukan persembahan, ‘Jangan Pernah Berubah’ dengan ‘Firasat’. Bintang Indonesia, Marcell akan meraikan pembabitan dalam dunia seni dengan konsert “Marcell Dua Dekade” sebagai hadiah istimewa buat peminat di Malaysia.
Bersempena dengan ulang tahun ke-20 bergelar seorang penyanyi, penyanyi Indoensia yang telah terlibat dalam dunia senia suara sejak 2003 bersama The Jay Events & Media akan menganjurkan sebuah konsert pada 9 Disember 2022. Konsert “Marcell Dua Dekade” ini akan diadakan di Zepp KL.
“Syukur kerana saya masih punya kesempatan kembali menyapa peminat di Malaysia. Pandemik adalah satu tempoh yang sukar untuk kita semua, tetapi seperti single yang saya dalam fasa ini, Menunggu, saya fikir penantian kita semua akan berakhir dengan terlaksananya ‘Marcell Dua Dekade’,” ujarnya.
Selaku ‘tuan punya badan’ yang diberi kesempatan untuk menyapa peminatnya setelah pandemik, dia melahirkan rasa syukur kerana ia menjadi sebuah kesempatan emas buatnya kembali ke Malaysia.
“Dan tentulah kerana ia ‘Marcell Dua Dekade’, konsert ini akan menjadi sangat istimewa dan intim buat saya serta peminat semua setelah kita melalui ujian dan kesukaran dua tahun kebelakangan ini,” tambahnya lagi.
“Kami tahu dia bukan asing buat peminat tempatan mahupun mungkin dari negara jiran seperti Singapura, jadi konsert ini juga sebagai satu projek istimewa bersempena dengan 20 tahun pembabitannya sebagai penyanyi solo yang masih mempunyai magnet dan pesona buat para peminat mereka,” kata Shafik Jay daripada The Jay Events & Media.
Peminat boleh mendapatkan tiket dalam beberapa ketegori bermula harga RM288 (Rock Zone), RM388 (Silver), RM488 (Gold), RM488 (Platinum), Diamond (RM688) dan VIP Box (RM7,888) sudah mula dijual di www.myticketasia.com.
Foto: The Jay Events & Media.
Baca lebih lanjut: YUSSEF DAYES BAKAL BERAKSI BUAT JULUNG KALI DI MALAYSIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SHILA AMZAH & UBAI BERTUNANG SELEPAS LIMA BULAN MENYULAM CINTA
Shila Amzah dan Ubai mengejutkan netizen apabila mengumumkan bahawa mereka telah pun mengikat tali pertunangan.
OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL
Istimewa bulan ini, GLAM Lelaki bawakan tema ‘Women’s Issue’-menampilkan our girl crush, Nia Atasha. Jom kenali wanita seksi ini!
INGIN ‘DILAHIR’ SEMULA, THE WEEKND UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA NAMA PENTAS
The Weeknd akhirnya menukar nama secara rasmi di Instagram dan Twitter selepas sekian lama memendam hasrat.
ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA
Aktor Mission: Impossible dan pelantun Hips Don’t Lie itu dirakam meluangkan masa bersama di Formula 1 Grand Prix di Miami pada hujung minggu lalu.
ALASAN MENGAPA ADELE TIDAK AKAN PERNAH MERAIH PENCAPAIAN TERAGUNG EGOT
Menjadi pemenang EGOT adalah impian besar kebanyakan artis. Namun buat Adele, ia sangat mudah untuk dicapai.
AKHIRI ZAMAN BUJANG, AIMAN TINO PILIH SYARAH HAIFA SEBAGAI SURI HATI
Siapa sangka hubungan perniagaan antara Aiman Tino dan Syarah Haifa membawa ke jenjang pelamin.