Skip to content

Descente TRX

DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX

Kongsikan artikel ini

Descente kini tiba di Malaysia! Peminat boleh menggayakan koleksi pakaian sukan premium yang berprestasi tinggi di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Berita baik buat peminat fesyen di Malaysia! Jenama global terkemuka yang terkenal dengan pakaian sukan berprestasi tinggi, Descente telah menembusi pasaran Asia Tenggara dengan pembukaan stor pertamanya yang terletak di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Ditubuhkan pada tahun 1930-an dengan tumpuan awal pada pakaian ski. Descente telah berkembang menjadi jenama global yang melambangkan ‘kecantikan yang berfungsi’. Jenama ini menawarkan pakaian sukan yang direka dengan teliti untuk kecergasan, berlari, berbasikal, sukan golf dan ski. Setiap rekaan dibuat dengan teknologi canggih dan ciri-ciri inovatif untuk memenuhi permintaan atlet yang menuju kecemerlangan. Reka bentuknya juga memastikan prestasi fizikal dan keyakinan mental sambil tampak bergaya.

“Design That Moves”

Descente Malaysia

Nama jenama “Descente” berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud “downhill” atau “menurun bukit”. Logo anak panah pula dikenali sebagai “Spirit Mark”. Ia mewakili teknik asas ski yang merangkumi “schuss”, “traverse”, dan “sideslip”. Ia mengimbau kembali asal usul jenama tersebut dalam sukan ski dan melambangkan semangat berani Descente yang sentiasa setia pada integriti akar umbinya. Justeru menghasilkan daya tarikan kontemporari dengan kecantikan berfungsi yang disokong sains sukan yang canggih.

Semangat jenama dirangkumkan oleh mantra “Design That Moves”. Ia mencerminkan komitmen dalam usaha untuk mencipta pakaian sukan yang meningkatkan pergerakan dan prestasi. Mantra ini jelas terlihat dalam rekaan setiap produk dengan tujuan untuk memperkasakan pemakainya untuk mencapai yang terbaik. Pendekatan inovatif terbukti dalam teknologi produk termajunya yang disesuaikan untuk sukan utama seperti triatlon, golf dan ski.

Descente TRX

Jenama ini memperbaharui dan menyepadukan teknologi. Termasuk corak fabrik Motion 3D yang direka untuk mencerminkan pergerakan tertentu yang dilakukan oleh badan semasa ia bergerak, berpusing dan meregang. Ia membolehkan pencapaian prestasi optimum. Descente’s Infinite Movement menggabungkan corak Motion 3D, fabrik Regangan 4 hala, pelapis elastik Toray Dermizax, pelapik regangan dalaman dan banyak lagi. Ia untuk memudahkan pergerakan dengan meningkatkan keselesaan, mobiliti dan prestasi.

Warisan 89 Tahun Descente

Descente

Sepanjang sejarahnya selama 89 tahun, Descente telah menjadi peneraju dalam inovasi dan kolaborasi pakaian sukan. Terutamanya pada tahun 1980, ‘Golden Suit’ yang dipakai oleh Eric Heiden telah membolehkan beliau meraih lima pingat emas di Sukan Olimpik Lake Placid. Pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pula, ia dipilih untuk melengkapkan pakaian sukan pasukan elit seperti Pasukan Ski Alpine Kebangsaan Switzerland. Juga Pasukan Bobsleigh dan Skeleton Kebangsaan Jerman, dan Pasukan Luncur Laju Kebangsaan Kanada.

Manakala pada 2023, mereka telah berjaya mengembangkan pengaruhnya dengan kolaborasi dengan Pasukan Papan Salji Halfpipe Kebangsaan China dan Pasukan Ski Alpine Kebangsaan China. Baru-baru ini, duta global Descente, Xander Schauffele yang memakai pakaian golf lengkap jenama telah memenangi Kejohanan PGA 2024. Ia merupakan kemenangan kejuaraan yang pertama dalam kerjaya profesionalnya.

Pembukaan Kedai DESCENTE yang Pertama di Asia Tenggara

Descente Golf

Stor Descente yang baharu dibuka di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Ia menampilkan rangkaian komprehensif koleksi yang memenuhi keperluan atlet dan pemakai harian dengan kualiti yang luar biasa dan reka bentuk yang inovatif.

 

Baca lebih lanjut: 60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Salomon Malaysia

SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Blue Pongtiwat

4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE

Bacaan Lanjut

KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut