Skip to content

Descente

DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA

Kongsikan artikel ini

Jenama pakaian sukan global, DESCENTE terkenal dengan koleksi yang inovatif dan ‘never-before-seen’ dalam memberikan solusi terbaik untuk atlet terbaik di dunia.

Berbekalkan warisan dan sejarah sejak diasaskan 89 tahun yang lalu, DESCENTE terus mencabar sempadan sukan dan gaya. Jenama pakaian sukan global ini terkenal dengan koleksi yang menampilkan desain dan kualiti yang terbaik. Kini, DESCENTE membuka stor pertama di Malaysia yang terletak di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

kasut Descente

Berita baik buat peminat sukan larian. DESCENTE mengumumkan pelancaran rasmi untuk kasut larian Enerzite Fluid Wire 2.0 terbaharu. Kasut ini memanfaatkan teknologi tapak tengah termaju untuk penyerapan hentakan dan keboleh nafasan untuk larian yang stabil dan lancar. Edisi terbaharu ini membuktikan usaha jenama yang berterusan untuk mendatangkan produk berprestasi tinggi khususnya bagi penggiat sukan larian.

Menyerap Hentakan, Bebas Bernafas

Kasut Enerzite Fluid Wire 2.0 menampilkan material berteknologi Dynamic Fluid strain-flow yang terpasang di bahagian depan kaki dan tumit kasut. Material ini kekal lembut ketika dalam keadaan statik atau dalam pergerakan perlahan namun akan mengeras apabila terkena hentakan. Keboleh ubahan ini dapat membantu menyerap dan menyebarkan tenaga hentakan yang bertindak sebagai kusyen. Dan memberikan perlindungan tapak kaki untuk pengalaman larian yang lebih selesa.

kasut sukan

Inspirasi reka bentuk bahagian atas kasut ini berasal daripada siri ALLTERRAIN DESCENTE yang menampilkan sistem Dwi-Zip yang menggabungkan material dalam warna yang sama. Tetapi dalam tekstur yang berbeza untuk menghasilkan estetik berfungsi. Berpegang pada prinsip “form follows function” dan “every design detail serves a purpose”, Enerzite Fluid Wire 2.0 menampilkan material mesh pada bahagian atas kasut untuk keselesaan yang tiada tandingan. Serta pergerakan yang mudah bagi pelbagai jenis aktiviti seperti berlari dan bersenam, dan juga untuk kegunaan harian.

Lantunan Selesa, Larian Stabil

descente Malaysia

Untuk memastikan larian yang stabil, Enerzite Fluid Wire 2.0 menampilkan redaman tapak tengah bahan busa untuk lantunan yang selesa. Ia menghasilkan pengalaman pemakaian yang terbaik buat larian.Selain teknologi Dynamic Fluid strain-flow, bahagian depan kaki menggabungkan teras karbon dengan bingkai TPU untuk meningkatkan ketegaran kilasan tapak tengah dan kestabilan lengkung kaki. Di samping itu, tapak kasut menampilkan tapak getah ringan untuk cengkaman maksimum.

Kasut sukan ini pastinya dapat membangkitkan potensi anda seperti duta jenama, William Chan. Rangkul kehebatan diri dengan kasut larian Enerzite Fluid Wire 2.0 dengan harga jualan RM980, kini di DESCENTE, The Exchange TRX. Untuk maklumat lanjut tentang DESCENTE, anda boleh layari https://my.descente.com/

 

Baca lebih lanjut: DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Descente TRX

DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Salomon Malaysia

SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Blue Pongtiwat

4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE

Bacaan Lanjut

KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut