FATTAH AMIN PALING POPULAR
Seperti yang dijangka, pelakon, penyanyi dan usahawan, Fattah Amin dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH3.0) semalam. Dengan kemenangan ini, Fattah membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta Peugeot 408 e-THp yang bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza berserta trofi.

(Photo credit: Instagram @fattahaminz)
Acara gilang gemilang itu berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi. Dengan mendapat undian paling tinggi sebanyak 82,635 undian Fattah berjaya menandingi pesaing terdekatnya iaitu Janna Nick serta Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana. Bukan itu sahaja, Fattah turut berjaya memenangi anugerah kategori online untuk Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

(Photo credit: Instagram @fattahaminz)
Sewaktu menerima trofi kemenangan untuk anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, ucapan Fattah Amin ternyata menarik perhatian ramai. “Selepas orang menggelar saya ‘pelakon kayu’, disebabkan gelaran itulah saya berada di sini”.
Di dalam akaun Instagramnya, Fattah Amin juga turut menyatakan rasa kesyukurannya selepas berjaya menggondol gelaran Bintang Paling Popular.
“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji-pujian untuk Allah swt kerana telah membuka ruang untuk saya terus mencapai impian saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya. Memang saya cukup percaya yang semua kebaikkan yang berlaku dalam hidup kita ialah keredhaan Allah dan juga hasil dari doa ibu bapa kita. Untuk management saya, @FastyleAsia#FastyleAsia, yang terus bekerja keras dan menyokong saya, terima kasih. We will fly higher together and reach for the stars!
Paling tinggi terima kasih saya ialah untuk semua fans saya, tidak kira sesiapa sekali pun, tanpa sokongan, dorongan, dan kritikan membina, saya tidak akan sampai di sini pada hari ini. Korang serious the best and most awesome! Insya Allah, apa yang telah saya kecapi hingga hari ini akan saya terus gunakan sebagai motivasi untuk saya terus memperbaiki hasil kerja seni saya. When people say you can’t do something because they think you’re not good enough, don’t worry about telling them otherwise. Prove them wrong with your deeds and effort instead. Fattah sayang korang semua!”
Di sini GL senaraikan senarai penuh pemenang ABPBH 3.0 semalam. Tahniah sekali lagi buat semua pemenang.
Bintang Paling Popular – Fattah Amin
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Ella Kategori Utama
Artis Baharu Lelaki Popular – Khai Bahar
Artis Baharu Wanita Popular – Sweet Qismina
Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana
Pengacara TV Popular – Neelofa
Penyampai Radio Popular – Radin
Artis Versatil Popular – Ifa Raziah
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret
Artis Komedi Popular – Zizan Razak
Pelakon TV Wanita Popular – Janna Nick
Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular – Fazura
Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin
KATEGORI ONLINE
Gandingan Serasi Drama – Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
Gandingan Serasi Filem – Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)
Personaliti Media Sosial – Makhlokmacho
Artis Berpengaruh Di Laman Sosial – Neelofa
Artis Sensasi – Fattah Amin
Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL
Athina Kamarudin, satu lagi wanita yang menjadi our newest crush! Athina bercerita tentang cinta, body positivity dan lelaki!
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT
Ketahui tiga koleksi khas musim panas untuk melengkapi penampilan hangat ‘summer break’ nanti.
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI
What to buy this summer? Ketahui tiga koleksi musim panas 2023 untuk menghangatkan penampilan musim panas.
10 PENYANYI TERSOHOR ALAF BARU YANG GAGAL MENGEKALKAN POPULARITI
Walaupun ramai penyanyi 2000-an kekal relevan sehingga kini, sesetengahnya hampir dilupai peminat pada hari ini.
5 SELEBRITI BERTEMU JODOH PADA USIA 40-AN
Kebanyakan bintang Hollywood mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk menemui calon isteri atau suami yang tepat.
SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU
Hampir dua dekad bergelar pelakon, Fazura mengambil satu langkah ke hadapan dengan mencuba bidang pengarahan.