Skip to content

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

Kongsikan artikel ini

Tahun 2024 memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat dan menghiburkan.

Berbanding tahun lalu, filem yang ditayangkan di layar perak tahun ini lebih meriah dan pelbagai dengan genre yang menepati cita rasa semua lapisan penonton.

Dalam suku pertama tahun 2024, penonton disajikan dengan karya mantap daripada genre aksi, romantis hingga seram. Antaranya The Beekeeper, Pendekar Awang, The Fall Guy, Exhuma dan tentunya Dune: Part Two yang ditunggu-tunggu.

Lihat pula barisan filem yang bakal menghiburkan anda pada bulan April

1. THE FIRST OMEN

Tarikh tayangan: 4 April

Dibintangi oleh: Nell Tiger Free, Tawfeek Barhom, Sônia Braga, Ralph Ineson, Bill Nighy

Sinopsis: Seorang wanita muda dari Amerika Syarikat dihantar ke Rom untuk memulakan khidmatnya sebagai biarawati di sebuah gereja. Namun dia mula mempersoalkan kepercayaannya apabila menemui satu konspirasi menakutkan untuk menghidupkan makhluk jahat.

 

2. GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE

filem april 2024

Tarikh tayangan: 11 April

Dibintangi oleh: Paul Rudd, Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Kumail Nanjiani, Patton Oswalt, Celeste O’Connor, Logan Kim, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Annie Potts

Sinopsis: Keluarga Spengler kembali ke tempat di mana segalanya bermula – rumah api ikonik New York City. Tujuannya untuk bekerjasama dengan Ghostbusters asal yang membangunkan makmal penyelidikan rahsia bagi memantapkan kaedah penangkapan hantu. Namun apabila artifak purba yang baru ditemui melepaskan kuasa jahat, mereka perlu bergabung tenaga untuk melindungi rumah dan menyelamatkan dunia.

 

3. SHERIFF

SHERIFF

Tarikh tayangan: 18 April

Dibintangi oleh: Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Aaron Aziz, Elizabeth Tan

Sinopsis: Sheriff merupakan pegawai polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan untuk bekerjasama dengan anggota muda bernama Nazri daripada Jabatan Narkotik. Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket yang diketuai oleh Tony Ifrit, raja dadah.

 

4. BOB MARLEY: ONE LOVE

filem april 2024

Tarikh tayangan: 18 April

Dibintangi oleh: Kingsley Ben-Adir, Lashana Lynch, James Norton, Tosin Cole, Anthony Welsh, Michael Gandolfini, Umi Myers, Nadine Marshall

Sinopsis: Filem biopik yang berkisar tentang pemuzik reggae legenda, Bob Marley dan perjalanannya mengatasi kesukaran serta mencipta muzik revolusioner yang kita ketahui hari ini. Sebagai salah satu eksport budaya terbesar Jamaica, Bob Marley menyebarkan mesej keamanan, keharmonian dan rasa hormat terhadap satu sama lain dalam lagu-lagu ciptaannya.

 

5. ABIGAIL

filem april 2024

Tarikh tayangan: 25 April

Dibintangi oleh: Melissa Barrera, Dan Stevens, Alisha Weir, Kathryn Newton, Kevin Durand, Angus Cloud

Sinopsis: Sekumpulan penjenayah menculik Abigail, gadis remaja berusia 12 tahun yang merupakan anak kepada tokoh dunia gelap yang amat berkuasa. Mereka merancang menculiknya hanya untuk satu malam demi meraih wang tebusan 50 juta dolar, justeru mereka membawanya ke sebuah rumah agam terpencil. Bagaimanapun apabila seorang demi seorang penculik lesap, mereka mula menyedari Abigail bukanlah gadis biasa.

 

Pautan berkaitan: 10 FILEM TERBAIK RYAN GOSLING MENURUT ROTTEN TOMATOES