Skip to content

JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

Kongsikan artikel ini

Selepas kejayaan dokumentari This Is Johan dan pengumuman konsert yang bakal berlangsung pada Julai 2024 di Singapura, Joe Flizzow hadir dengan buah tangan baru – Berlian.

Lagu ini cipta dan ditulis oleh Din Tiger serta SonaOne yang turut bertindak sebagai penerbit bersama. Ia juga disusun oleh SoneOne yang merupakan rakan kerja hip hop kegemaran Joe.

Berlian menyaksikan kolaborasi mantap antara Joe dan bintang muda tempatan, Gard. Penyanyi berbakat besar yang terkenal dengan gaya penyampaian vokal luar biasa ini pernah ditampilkan dalam 16 Baris. Bercakap tentang proses rakaman, presiden hip hop Malaysia ini berkata ia tidak mengambil masa yang lama untuk dihasilkan.

joe flizzow berlian

“Kami lakukan semuanya dalam sehari. Saya menulis rangkap pertama tidak sampai satu jam. Terus ke mikrofon dan mencipta dua baris pertama saya. Rangkap pertama siap kurang 30 minit,” ujarnya.

Di Sebalik Lagu Berlian

Berlian bertindak sebagai peringatan metafora tentang kehidupan yang sementara, mendorong kita untuk menikmati setiap saat dengan sebaiknya. Sama seperti puisi yang dihidupkan, ia mengekspresi detik sepintas lalu dan mengubahnya menjadi lagu abadi.

Lagu catchy ini turut didatangkan bersama video muzik hebat yang menampilkan aktres dan hos terkenal Sazzy Falak. Tidak dinafikan, kemunculannya menambah elemen ‘wow’ yang diperlukan dalam jalan cerita lagu dan video muzik tersebut.

Sama seperti karyanya yang terdahulu, Joe berharap lagu ini akan diterima baik oleh peminat dan pencinta muzik secara umum. “Perasaannya seperti kami telah mencipta berlian. Ada orang akan menghargai dan ada yang tidak. Namun ia kekal abadi,” ujarnya.

Lagu Berlian boleh didengari di semua digital platform termasuk Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music. Video muziknya juga sudah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Joe Flizzow.

 

Pautan berkaitan: 16 BARIS RAIH PUJIAN BINTANG RAP ANTARABANGSA, SNOOP DOGG

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THIS IS JOHAN LIVE IN CONCERT: JOE FLIZZOW BAKAL TAMPILKAN KELAINAN

THIS IS JOHAN LIVE IN CONCERT: JOE FLIZZOW BAKAL TAMPILKAN KELAINAN

Bacaan Lanjut

JACKSON WANG, CL & JOE FLIZZOW BAKAL MENGGEGARKAN GOOD VIBES WEEKENDER

Bacaan Lanjut
TUAH 2021 BUAT JOE FLIZZOW

TUAH 2021 BUAT JOE FLIZZOW

Bacaan Lanjut
giuseppe zanotti

GIUSEPPE ZANOTTI LANCAR KASUT DENGAN JOE FLIZZOW & SONAONE

Bacaan Lanjut
VIDEO WAWANCARA BABAK ROGOL MENGUNDANG KEMARAHAN JOE FLIZZOW

VIDEO WAWANCARA BABAK ROGOL MENGUNDANG KEMARAHAN JOE FLIZZOW

Bacaan Lanjut

16 BARIS RAIH PUJIAN BINTANG RAP ANTARABANGSA, SNOOP DOGG

Bacaan Lanjut