FILEM SEPTEMBER PILIHAN GL
Teks: Johan Kassim & Sufian Sapari
GL membariskan senarai filem terbaik sepanjang September ini khas untuk anda. Selamat menonton!

Ben-Hur merupakan filem ‘remake’ berdasarkan filem terdahulu yang pernah meraih trofi Oscar pada 1959. Mengekalkan tajuk dan tema filem sama, kisah Judah Ben-Hur yang terpaksa menjadi hamba abdi selama bertahun-tahun lamanya menjadi tunggak cerita. Namun, keseksaan tersebut tak menghalangnya untuk membalas dendam terhadap bekas sahabat baiknya, Messala.

Bridget Jone’s Baby adalah siri filem chick flick kegemaran ramai. Bridget Jones kembali setelah lama menyepi dengan penambahan karakter utama baru, Mark. Setiap karakter dikembang lebih matang dan pengisahan kali ini mengutarakan tentang suka duka Bridget yang jatuh cinta sekali lagi pada usia 40-an. Masih mengekalkan tema cinta, klimaks filem memuncak pabila Bridget mendapat tahu bahawa dia hamil.

Captain Fantastic. Pengisahan Captain Fantastic amat menarik. Belum pernah lagi saya saksikan konsep cerita sebegini. Kisah bermula pabila seorang bapa tunggal yang mempunyai konsep pemikiran unik, di mana dia mahu anak-anaknya membesar di dalam hutan belantara tanpa kemudahan dan sumber teknologi canggih. Bapa mereka mahu mengasingkan mereka daripada dunia luar. Kurang pasti sebab apa, oleh itu perlu saksikan kesudahan Captain Fantastic.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025
Filem-filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2025 semestinya memberi pelbagai emosi yang naik turun buat pencinta filem.
7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU
Filem Mission Impossible The Final Reckoning sarat aksi ekstrem dan rahsia. Ini fakta tersembunyi yang mungkin anda terlepas pandang.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR
Ada sesuatu yang menarik tentang filem Minecraft apabila memberikan petanda bahawa ia mampu hit box office yang mengejutkan.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
5 FILEM BERTEMAKAN RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja diraikan dengan lagu-lagu yang menyentuh hati, tetapi juga dengan filem-filem bertemakan Raya yang menggamit emosi dan nostalgia.