FOTOGRAFI 2 PENGEMBARA DUNIA (Bhgn. 1)
April 26, 2016
TERDAPAT PERBEZAAN DI ANTARA PELANCONG DAN PENGEMBARA. TOURIST ATAU TRAVELLER. DAN TENTU SEKALI KERANA FOTOGRAFI MENJADI MINAT, GAMBAR-GAMBAR KEMBARA YANG DIRAKAM ADALAH HARTA YANG PALING BERHARGA. GL MENAMPILKAN FOTOGRAFI DUA PENGEMBARA DUNIA DARI SUDUT KACA MATA MEREKA. DI SINI TERDAPAT PERKONGSIAN UNTUK DIJADIKAN SUNTIKAN ANDA MENGORAK LANGKAH PERTAMA MENJELAJAH DUNIA.
Apakah perkara paling unik anda belajar daripada kembara?
Mengembara berjaya membuka mata saya melihat keberagaman budaya dan sesungguhnya ia suatu kurniaan besar yakni ‘kebenaran’. Saya sedar bahawa tiada yang namanya ‘satu kebenaran’ tentang sesuatu hal dalam dunia ini. Realiti itu bergantung pada siapa yang kalian soal, segalanya bakal jadi relatif kepada ‘komuniti’ (baik satu bandar mahupun negara) yang kalian lawati. Sebagai contoh, di Malaysia, makanan halal sangat penting, tetapi pabila saya pulang ke negara asal saya, Lithuana, tiada siapa yang tahu perihal halal.
Banyak mengumpul teman daripada kembara? Adakah masih berhubungan dengan mereka?
Saya perolehi pelbagai teman sepanjang saya mengembara, yang mana sehingga hari ini, masih berhubung dan saya tahu, yang saya akan berkawan dengan mereka sampai bila-bila. Saya kira, semakin ramai kawan saya di pelosok dunia yang saya ada, semakin saya tenang, bersifat toleransi dan mempunyai kefahaman terhadap budaya-budaya di luar budaya saya.
Pernah berhadapan kesukaran ketika mengembara?
Terdapat banyak cabaran ketika saya kembara di bumi asing, tetapi saya selalu melihat ia dalam konteks positif dan menganggap itu sebagai satu adventure. Selalunya ia bakal tersemat indah menjadi memori. Senyuman itu satu bahasa universal, tak perlu terjemahan. Jadi, bagi saya senyuman adalah cara terbaik dalam menyelesaikan masalah atau kesukaran yang dihadapi ketika mengembara.
Apakah yang sering anda cari waktu kembara? Sejarah? Budaya? Alam semula jadi? Adventure? Dan mengapa?
Setiap kali saya mengembara ke suatu tempat yang baharu, saya tak akan teragak-agak mengajak warga tempatan untuk berbual dengan saya. Saya mesti beritahu kalian, pemandu teksi dan pelayan adalah sumber paling mudah untuk pengembara mendapatkan informasi. Mereka tahu denyut nadi bandar, jangan pernah terlepas berbual dengan mereka. Oh, dan satu lagi, always learn how to say a few words in the local language. Perkara semudah ini dihormati dan disukai warga tempatan. Selalunya akan terukir senyuman pada wajah mereka.
Editor terkenal dunia, Diana Vreeland pernah mengungkapkan “The eyes has to travel”. Apakah maksud itu bagi anda?
Izinkan saya menambah, bukan sahaja mata harus mengembara, tetapi minda dan hati juga. Memang satu perkara untuk melihat dalam mengembara. Tetapi sangat berbeza jika kita mengembara, merasa dan memahami. Dan berbuat demikian, kalian harus asimilasi diri kalian pada kehidupan masyarakat tempatan, mendengar cerita-cerita mereka, pelajari kehidupan dan adat mereka, barulah hati sama rancak dengan hati mereka.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
30 SELEBRITI LELAKI KOREA BERWAJAH SEIRAS PERSIS KEMBAR
Kebanyakannya terlalu seiras sehingga boleh dikatakan sebagai pasangan kembar atau adik-beradik! Lihat siapakah yang tersenarai.
SELEBRITI YANG KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL AKIBAT KEBAKARAN LOS ANGELES
Beberapa selebriti terkenal terpaksa berputih mata melihat rumah mewah yang dibina dengan hasil titik peluh berpuluh tahun rebah menyembah Bumi.
MUZIK VIDEO BILA NAK KAHWIN, PERJELAS HUBUNGAN AMIRA OTHMAN & FATTAH AMIN
Bagi anda yang belum menonton muzik video ‘Bila Nak Kahwin’ oleh Amira Othman pastikan anda menyaksikannya di YouTube
5 FILEM LAKONAN MANTAP FATTAH AMIN
Fattah Amin merupakan seorang pelakon serba boleh dan ikon industri hiburan tanah air dengan lakonannya yang sangat versatil. Fattah Amin telah berjaya menawan hati penonton melalui pelbagai watak yang dibawanya di layar perak. Karismanya yang memukau, digabungkan dengan kebolehannya menyelami pelbagai jenis karakter, menjadikan namanya sinonim dengan filem-filem tempatan yang berkualiti. Sejak memulakan kerjayanya, wajah…
10 K-DRAMA MENARIK BAKAL MENGHIBURKAN ANDA SEPANJANG 2025
Tahun 2025 menyajikan pelbagai siri Korea hebat yang akan membuatkan anda terus melekat di skrin telefon mahupun kaca televisyen.
FRANK LEE, MODEL BARU MESTI KENALI
GLAM Lelaki mendekati model generasi baharu, Frank Lee. Bagi yang kurang mengenalinya, dia baru sahaja memulakan langkah sebagai model dan semakin giat mereka kandungan digital di media sosial.