Skip to content

GL REVIU : JUST SEAR MAHU MENGUBAH PARADIGMA PENGGEMAR DAGING PREMIUM

Kongsikan artikel ini

Diasaskan oleh empat sahabat tempatan, Just Sear memperkenalkan variasi produk pra masak berasaskan daging premium yang sedia dibakar dan dinikmati di rumah pada harga yang berpatutan.

Dalam era teknologi hari ini, semuanya berada di hujung jari. Dan tidak mengejutkan kini anda boleh menikmati hidangan daging premium terus dari rumah. Mudah dan pantas, Just Sear memperkenalkan variasi produk pra masak berasaskan daging premium yang sedia dibakar dan dinikmati di rumah pada harga yang berpatutan.

Australian Wagyu MB7 Brisket

Saya telah cuba menyediakan tiga hidangan berbeza daripada Just Sear iaitu stik kambing, stik daging dan juga Wellington salmon. Sebagai seorang yang bukanlah pakar di dapur, saya merasakan ianya cukup mudah dan pantas. Kecuali Wellington Salmon yang memerlukan masa yang lebih lama untuk masak di dalam ketuhar. Hanya ikuti sahaja arahan pada bungkusan dan hidangan akan tersedia dalam beberapa minit sahaja.

Wellington Salmon, Stik Kambing & Stik Daging

Just Sear diasaskan pada 2019 oleh 4 sahabat yang mempunyai latar belakang di dalam bidang kejuruteraan indsutri minyak iaitu Saheran Hamid, Hisyammudin Yunos, Shazwan Md Noh dan Wai How. Mereka mahu membawakan sesuatu yang baharu dengan mengeluarkan seleksi produk pra masak berasaskan daging premium yang tidak lagi eksklusif hanya di restoran-restoran mewah. Kini, anda boleh menikmati sajian Tomahawk, Angus Short Ribs, Wagyu Australia, Wagyu Jepun A5 dan juga stik Dry Aged dengan harga yang jauh lebih murah.

Japanese Wagyu A5 Striploin

Awal tahun ini, Just Sear telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Wellington yang sedia untuk dibakar. Hidangan daging yang disaluti pastri ini juga kegemaran cef selebriti tersohor, Gordon Ramsay yang merupakan hidangan popular di restorannya. Selain dari stik dan Wellington, mereka juga mengeluarkan sajian tradisional Malaysia berasaskan daging premium seperti Rendang Wagyu, Popiah Wagyu, Satay Wagyu dan Samosa Wagyu.

Seleksi produk Just Sear boleh didapati secara atas talian melalui laman sesawang mereka di sini.

Foto: Just Sear

Baca lebih lanjut: “DIA SUKA MEMENDAMKAN MASALAH DIRINYA, SAMA SEPERTI SAYA.” – FATTAH AMIN

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
the table suria klcc

PENGALAMAN KULINARI JEPUN, THE TABLE KINI DIBUKA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

3 TIP PERSIAPAN RAYA YANG MUDAH DI RUMAH UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
mulut berbau puasa

4 TIP ELAK MULUT BERBAU KETIKA BULAN PUASA

Bacaan Lanjut