Skip to content

“DIA SUKA MEMENDAMKAN MASALAH DIRINYA, SAMA SEPERTI SAYA.” – FATTAH AMIN

Kongsikan artikel ini
1 of 3

Fattah Amin membintangi siri baharu berjudul GANJIL bersama Diana Danielle dan Izzue Islam yang bakal ditayangkan melalui laman penstirman, Viu bermula 30 September 2021.

Peneraju perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau PCCW, Viu bakal melancarkan siri drama baharu Malaysia berjudul GANJIL. Sebuah kisah percintaan yang romantik, penuh fantasi, siri 10 episod ini bakal dibintangi oleh Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islan dan Fateen Afeefa yang akan ditayangkan bermula 30 September 2021. GANJIL diterbitkan oleh Razor’s Edge Pictures dan diarah oleh Datuk Yusry Abdul Halim.

Ikuti temu bual bersama bintang utama, Fattah Amin yang sempat berkongsi pengalaman berlakon dalam siri baharu berjudul, GANJIL.

Boleh memperkenalkan watak anda dalam GANJIL?

Fattah: Saya pegang watak Amry. Dia seorang Jurutera IT yang sukar untuk berkongsi emosi. Dia mempunyai banyak masalah dengan keluarga. Ke’GANJIL’an bermula apabila dia berjumpa dengan Nabila (Diana Danielle) dalam dunia mimpi. Dan di situlah bermulanya dunia antara fantasi dan realiti.

Adakah watak ini dekat dengan diri anda?

Fattah: Watak Amry ini sangat dekat dengan Fattah Amin. Dia suka memendam masalah dirinya, sama seperti saya. Dia suka bawa diri, dan tidak ramai kawan. Itu sebab saya berasa dekat dengan watak ini.

Baca lebih lanjut: 5 SEBAB SIRI VIVO X70 TELEFON PINTAR FOTOGRAFI TERBAIK

1 of 3

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Fattah Amin

THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
PERCERAIAN ARTIS MALAYSIA YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2023

PERCERAIAN ARTIS MALAYSIA YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2023

Bacaan Lanjut
10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU

SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU

Bacaan Lanjut
BAHTERA PERKAHWINAN FARID KAMIL & DIANA DANIELLE, KE MANA HALA TUJUNYA?

BAHTERA PERKAHWINAN FARID KAMIL & DIANA DANIELLE, KE MANA HALA TUJUNYA?

Bacaan Lanjut
FATTAH AMIN KEMBALI DENGAN BUAH TANGAN BARU SEMPENA RAMADAN

FATTAH AMIN KEMBALI DENGAN BUAH TANGAN BARU SEMPENA RAMADAN

Bacaan Lanjut