Skip to content

#GLFIRSTGAYAHIDUP INOVASI SKRIN SENTUH HUAWEI MATEBOOK 14S  

Kongsikan artikel ini

Mendefinisikan pengalaman visual yang luar biasa pada HUAWEI Matebook 14s selaku komputer riba kerja untuk lelaki moden hari ini.

Dalam memberikan pengalaman visual yang luar biasa, HUAWEI terus mencabar sempadan teknologi dengan memperkenalkan ahli baharu kepada keluarga Matebook mereka. Komputer riba HUAWEI Matebook 14s hadir dalam desain penuh estetika, ringan dan premium, serta menampilkan fungsi skrin sentuh selaku tarikan utama. Saya berpeluang untuk mencuba inovasi ini terbaharu selama dua minggu, dan ia cukup mengagumkan.

HUAWEI Matebook 14s dikuasakan dengan 11th Gen Intel® Core™ H-series Processor terbaharu. Disempurnakan dengan paparan skrin sentuh 2.5K HUAWEI FullView bersama nisah aspek 3:2 menjanjikan pengalaman visual yang menyeluruh, dan memberikan kemudahan dan fleksibiliti kala bekerja, buat pereka grafik.

Bukan sahaja pengalaman visual yang terbaik, Matebook 14s ini merupakan komputer riba pertama yang menggunakan bantuan serta pembesar suara kuad HUAWEI SOUND® bersama twiter dan wufer. Buat pengguna gajet HUAWEI, ia mampu menghubungkan ekosistem HUAWEI dengan Multi-Screen Collaboration secara menyeluruh dengan telefon pintar atau tablet dengan mudah, sehingga tiga paparan window.

 

Skrin Sentuh Berdefinisi Tinggi

MateBook 14s pasti memberikan kepuasan visual terbaik dengan 2.5K HUAWEI FullView Display selain 90 peratus nisbah skrin kepada badan dalam perkadaran 3:2 skrin. Dengan ketumpatan piksel pada 213 ppi, 100 pertus ruang warna sRGB, nisbah 1500:1 dan kecerahan puncak pada 400 nits, ia mampu memaparkan perincian imej serta video berresolusi tinggi. Juga penggunaan yang lancar dan pantas dengan paparan Refresh Rate setinggi 90Hz.

Usah risau jika menggunakan komputer riba ini dalam jangka masa yang lama. Ia menawarkan Smart Brightness Adjustment untuk keselesaan  dwi-penglihatan. Bagi melindungi mata daripada cahaya biru yang berbahaya, ia turut dilengkapi dengan TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) Certification yang dapat mengurangkan keletihan mata apabila bekerja dalam sesi yang panjang.

Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Space Grey, Mystic Silver dan Spruce Green, ia boleh didapati bermula pada harga RM4,999.00 atau RM416.58 selama 12 bulan di laman rasmi HUAWEI Malaysia.

 

Foto: HUAWEI Malaysia

Baca lebih lanjut: “CABARAN SAYA ADALAH TIDAK JATUH CINTA DENGAN LUCIEN LAVISCOUNT “ – LUCAS BRAVO (GABRIEL) DARIPADA SIRI ‘EMILY IN PARIS’

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut