Skip to content

GOHALAL PERLUAS OPERASI KINI HADIR DENGAN MART CAFÉ

Kongsikan artikel ini

GoHalal dimiliki dan dikendalikan oleh Global Market e-Commerce Sdn Bhd, merupakan hab halal e-dagang pertama yang menawarkan pengalaman membeli-belah atas talian halal yang mudah, cepat dan selamat dengan penawaran produk merangkumi kategori makanan, minuman, fesyen, pakaian, kecantikan, kesihatan, aksesori, barangan rumah, wangian, minyak wangi, IT, alat elektronik, kit doa dan banyak lagi.

Menariknya, GoHalal membolehkan para pembekal produk dan perkhidmatan halal untuk mencapai pasaran global dengan mudah. Melalui www.GoHalal.com.my, kedua-dua pelanggan dan pembekal akan mengalami kemudahan akses mudah dan transnasional melalui ciri dan perkhidmatan yang akan membantu pelanggan membeli produk halal dalam talian dan pembekal untuk memasarkan produk halal mereka ke pasaran. Selain mewujudkan peluang perniagaan, ia turut membangunkan rangkaian perniagaan dan mempromosikan pengetahuan dalam industri halal secara atas talian.

Dan baru-baru ini, GoHalal memperluaskan operasi dengan melancarkan GoHalal Mart Café bertujuan dalam memberi khidmat pelanggan dengan penyedian variasi makanan dan minuman segar yang semestinya halal. Yang pertama dan terletak di pejabat urusan GoHalal di Cyberjaya, café ini menghidangkan hidangan kegemaran tempatan seperti nasi lemak, mee Ggoreng, mee hoon goreng, pelbagai sandwic, pastri serta hidangan khusus seperti nasi dalca dan lain-lain. Bagi minuman pula, minuman botol dari jenama Imizu, minuman kesihatan, minuman panas seperti espresso, kafe latte, cappuccino, coklat panas, dan pilihan teh turut dijual.

Yang pasti, harga makanan yang ditawarkan di GoHalal Mart & Café adalah berpatutan dan lebih murah jika dibandingkan dengan kedai kafe yang lain. Persekitaran yang sangat selesa, nyaman serta F & B yang lazat.

Ketika pelancarannnya baru-baru ini, seleberiti dan BFF popular, Fara Fauzana dan Faizal Ismail ditugaskan mengemudi acara sambil dihadiri rakan-rakan media serta para peserta yang menyertai peraduan BFF yang dianjurkan. Turut hadir sama adalah Datuk Samsul Husin, Timbalan Pengerusi Eksekutif, DNeX (Timbalan Pengerusi Eksekutif DNeX) serta Encik Mohamed Hazli Mohamed HussainPengerusi Eksekutif, Global Market eCommerce Sdn Bhd (“GMeC”) / Pengerusi Eksekutif GMeC. Turut memeriahkan majlis adalah kumpulan NICO hadir menghiburkan semua tetamu.

Fara Fauzana bersama Datuk Samsul Husin, Timbalan Pengerusi Eksekutif, DNeX (Timbalan Pengerusi Eksekutif DNeX) serta Encik Mohamed Hazli Mohamed Hussain, Pengerusi Eksekutif, Global Market eCommerce Sdn Bhd (“GMeC”) / Pengerusi Eksekutif GMeC.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Mac 2019

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut