GUNA TELEFON PINTAR DI DALAM TANDAS MEMBAHAYAKAN
Apa benar dakwaan ini? sejauh mana tahap bahaya yang akan dihadapi seseorang jika membawa masuk telefon pintar ke dalam tandas? Ya, berdasarkan laporan Mail Online, para saintis telah pun mengeluarkan amaran kepada orang ramai bahawa penggunaan telefon pintar di dalam tandas boleh mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan yang serius. Ini berikutan dengan trend penguna masa kini yang sering membawa telefon pintar ke mana-mana termasuk di dalam tandas sehingga berjam-jam lamanya.
Hasil kajian oleh penyelidik Australia yang dijalankan pada tahun lalu mendapati, sebanyak 41 peratus rakyat Australia menggunakan telefon pintar di dalam tandas manakala 75 peratus penduduk Amerika Syarikat (AS) turut mengamalkan tabiat serupa. Yang pasti, dengan mengamalkan tabiat tersebut, mereka mendedahkan diri kepada masalah kesihatan.
“Wujud zarah udara dan air yang tersimpan di dalam telefon. Pelindung dan sarung telefon kebiasaannya diperbuat daripada getah bakteria merebak. Walaupun tidak menggunakan telefon di dalam tandas, mereka masih memegangnya semasa masuk dan keluar bilik air. Ketika itu, bakteria pada telefon boleh merebak sekiranya anda tidak membasuh tangan terlebih dahulu,” jelas Dr. Anchita Karmakar mengenai kajian ini.
Jelasnya lagi, langkah terbaik untuk mengelakkan bakteria telefon merebak ialah dengan menggunakan semburan khas yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori gajet dan kerap membersihkan skrin sesentuh telefon pintar.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.
IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE
What to buy this month? Semak beg Bunny LOEWE yang cukup istimewa, langsung menyuntik semangat tahun baru yang optimis dalam penampilan.
CAI XUKUN, BINTANG ASIA SAMBUT TAHUN BARU LUNAR BERSAMA PRADA
Bintang terkemuka Asia terpilih menghiasi kempen Prada dedikasi Tahun Baru Lunar 2023.
KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”
Menyambut musim liburan, Moschino hadirkan koleksi kapsul penuh gaya “LOGO MOSCHINO”. Semak lima gaya pilihan GLAM Lelaki.
HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET
InfinityLab memperkenalkan 2 gajet dengan inovasi terbaharu buat lelaki untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
5 BEG LELAKI MESTI MILIKI SEBELUM TIBA TAHUN BARU
Kita bakal mengucapkan selamat tinggal 2022. Semak lima cadangan beg baru untuk penampilan akhir tahun.