HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET
InfinityLab memperkenalkan 2 gajet dengan inovasi terbaharu buat lelaki untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
Akhir tahun selalunya waktu terbaik untuk berkongsi kegembiraan. Jika anda mencari pemberian yang sesuai buat lelaki, InfinityLab memperkenalkan dua gajet dengan inovasi terbaharu untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah buat keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
Sama ada meraikan Krismas atau sambutan tahun baharu, berikut adalah dua hadiah terbaik daripada InfinityLab buat lelaki yang sukakan gajet:
InstantGo 10000 Wireless Charger
Kanak-kanak, remaja mahupun golongan dewasa sentiasa bersama telefon pintar masing-masing. Dalam dunia moden yang pantas hari ini, telefon pintar menjadi sumber teknologi yang penuh dengan kebaikan untuk memudahkan kehidupan harian. Oleh itu, telefon pintar akan memakan kuasa bateri dengan pantas dan perlu dicaskan semula.
Buat lelaki yang sentiasa menggunakan telefon pintar, sama ada untuk kegunaan kerja ataupun permainan video, bank kuasa dalah pilihan yang terbaik. InifnityLab menampilkan InstantGo 1000 wireless yang merupakan bank kuasa tanpa wayar dengan kapasiti 10W Qi yang pantas mengecas dengan fungsi Power Delivery 3.0.
Ianya sangat pantas, sebuah iPhone 12 hanya memerlukan 30 minit untuk dicaskan semula kepada 50% kuasa penuh, manakala 40 minit pula untuk peranti Samsung Galaxy S21. Bukan sahaja tidak memerlukan wayar, ia dihasilkan dengan fungsi dan desain yang nipis untuk memudahkan ia dibawa ke mana sahaja.
Hadir dalam pilihan warna neutral black dan putih atau biru pekat, InstantGo 10000 hadir dengan fungsi perlindungan automatik yang membenarkan pengecasan sehingga tiga peranti dalam satu masa. Anda kini boleh mengecas telefon pintar dan bank kuasa pasa masa yang sama dengan hanya menggunakan satu sumber elektrik.
Baca lebih lanjut: AEDY ASHRAF, ANNA JOBLING MEMERIAHKAN PELANCARAN BUTIK CREED PERTAMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI
Buat julung kali, Devialet memperkenalkan pembesar suara pintar mudah alih yang menggunakan teknologi pintar terkini untuk menikmati pengalaman stereo 360 darjah.
CIRI TERKINI FITNESS+ KINI BOLEH DINIKMATI TANPA APPLE WATCH
Pengguna iPhone kini dapat nikmati pengalaman ciri baharu Apple Fitness+ dengan pembelian baharu atau langganan tersuai aplikasi ini.
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16
Ciri khas iOS 16 tampil dengan pelbagai feature yang perlu anda tahu. Teroka dan nikmati pengalaman menarik dengan kemaskini Iphone terbaru.
APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU
CEO Apple, Tim Cook memperkenalkan rangkaian peranti terbaharu seperti iPhone 14 dan Apple Watch Ultra ketika acara pelancaran yang dinanti-nantikan peminat di Apple Park, California.
PRE-ORDER PERANTI SAMSUNG HARI INI
Samsung Malaysia memperkenalkan beberapa buah peranti pintar terbaru bagi melengkapkan gaya seharian anda.