Skip to content

AEDY ASHRAF, ANNA JOBLING MEMERIAHKAN PELANCARAN BUTIK CREED PERTAMA

Kongsikan artikel ini

Pelancaran House of Creed yang pertama di Malaysia turut dihadiri oleh barisan selebriti seperti Aedy Ashraf, Mira Filzah, Kaka Azraff dan Anna Jobling.

Berita baik buat peminat wangian Creed! Butik House of Creed kini sudah dibuka di Malaysia. Pelancaran The butik wangian pertama di Malaysia ini turut dihadiri oleh barisan selebriti seperti Aedy Ashraf, Mira Filzah, Kaka Azraff dan Anna Jobling.

The House of Creed merupakan sebuah rumah wangian mewah yang mendedikasikan kepada penghasilkan rangkaian wangian yang asli dan eksklusif daripada bahan-bahan yang unik dan terpilih. Dan kini, butik pertama wangian ini telah dibuka kepada peminat di Malaysia yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.

 

Wangian Penuh Legasi

Sejarah jenama bermula sejak 1760 lagi ketika sepasang sarung tangan kulit yang wangi telah dihadiahkan kepada Raja George III oleh sebuah syarikat jahitan baharu di London. Diasaskan oleh James Henry Creed pada tahun sama pemahkotaan raja muda tersebut, House of Creed telah menghasilkan wangian sejak 260 tahun yang lalu.

Malahan, Ratu Victoria yang merupakan cucu kepada Raja George III telah melantik jenama wangian ini sebagai pewangi rasmi untuk Royal Household. Kemudian pada 1854, di bawah pemerintahan keluarga Diraja Eropah yang bergaya, Napoleon III dan Empress Eugenie, mereka telah membina ibu pejabat kedua di Paris, Perancis, dan menjadi penghasil wangian eksklusif untuk keluarga Diraja.

 

Butik Creed Pertama Di Malaysia

Pada 1 Disember 2022, House of Creed telah dilancarkan dalam menandakan butik pertama di Malaysia. Butik yang terletak di Pavilion KL itu telah dirasmikan oleh YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah, bersama YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Dato’ Seri Nadhirah Zaharah binti Sultan Mizan Zainal Abidin, dan Erwin Creed yang merupakan generasi ketujuh daripada keluarga wangian tersebut.

House of Creed juga bersatu dengan Green Ribbon Group, sebuah platform untuk memberikan kesedaran dan bantuan kepada kesihatan mental yang diterajui oleh YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah, dengan sumbangan RM50,000 sebagai penghargaan kepada usahanya untuk membawa arus perubahan kepada landskap kesihatan mental di Malaysia.

Turut menyerikan acara pelancaran termasuklah YAM Tengku Abu Bakar Ahmad bersama Natasha Mohammad Ozeir, YAM Puteri Munawarah Syammiyah, YAM Puteri Afzan Shakira Nabila, dan YAM Puteri Noor Afzan.

Acara pelancaran dihoskan oleh Jasmine Suraya, dan menyaksikan kehadiran barisan selebriti terkenal seperti Mira Filzah, Che Puan Syamim Farid, Aedy Ashraf, Farah Nabilah, Hawa Rizwana, Raysha Rizrose, Kaka Azraff serta Anna Jobling.

1 of 8

Aedy Ashraf

1 of 8

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS

100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut
Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut