HADIAH MEWAH BUAT SAHABAT RAPAT
Lelaki alfa zaman ini lebih arif tentang kualiti dan kemewahan produk. Lelaki lebih teliti dalam memilih hadiah mewah buat sahabat rapat.
Sesetengah individu mengambil berat tentang budaya pemberian hadiah, terutamanya wanita. Tetapi kini lelaki juga tidak ketinggalan dan ternyata lebih teliti dalam memilih hadiah buat sahabat rapat. Sama seperti peredaran zaman yang begitu pantas, lelaki alfa zaman ini lebih arif tentang kualiti dan kemewahan sesuatu produk. Terpulang kepada tema yang diraikan, seperti pertukaran hadiah secret-santa, sambutan hari ulang tahun, atau meraikan kejayaan bisnes. Tentu sekali terdapat pelbagai jenis hadiah yang boleh diberikan, asalkan datangnya dari hati. Tidak salah kiranya memilih hadiah yang lebih elegen, lantas melambangkan personaliti si pemberi. GLAM Lelaki memilih Top 3 jenis hadiah ideal yang mewah buat sahabat rapat.
Chanel, Bleu De Chanel After-Shave Lotion

Dengan aromatik nota kayu yang lebih halus, losyen selepas bersyukur ini juga diperkaya dengan bisikan kayu cedar kering, Caledonian sandalwood, dan kesegaran sitrus. Khas buat individu yang mementingkan kebebasan dan tampil lebih sofistikated.
Cartier, Diabolo de Cartier Card Holder

Tampil penuh gaya berurusan dengan pemegang card Diabolo de Cartier Card Holder dari Cartier, salah satu dari koleksi musim cuti Collection of Objects. Pemegang kad ini disiapkan dengan logam lakuer dan kemasan emas. Berkonsepkan oleh objek harian, koleksi ini melambangkan keunggulan tradisi Cartier sejak tahun 1880.
Marvis, 7 Days of Flavour Box

Set musim cuti dari Marvis menampilkan tujuh jenis ubat gigi dengan perisa berlainan. Setiap perisa memberi kesegaran yang berpanjangan dan sensasi kesejukan pudina yang pelbagai. Didatangkan dengan formula Marvis yang asli – mampu memutih, melindungi gigi, menyegarkan nafas, dan membantu mencegah kerosakan gigi.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
RIDZMAN ZIDAINE & SUGANYA MEWAKILI MALAYSIA’S NEXT MODEL WAVE
MALAYSIA’S NEXT MODEL WAVE: Ridzman Zidaine dan Suganya top model generasi kini yang mencorakkan masa depan fesyen Malaysia.
DOMINASI GLOBAL: RIDZMAN ZIDANE & SUGANYA. DUA TOP MODELS MENGHIASI COVER GLAM LELAKI MAC 2026
Dengan portfolio yang semakin mengukuh, Ridzman Zidaine dan Suganya membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia peragaan bukan hadir secara kebetulan, tetapi melalui kerja keras, ketekunan, dan strategi yang jelas.
SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026
Kehadiran selebriti Thailand di Paris Fashion Week menunjukkan pengaruh budaya pop Asia Tenggara semakin penting dalam dunia fesyen.
JACOB ELORDI ANTARA SELEBRITI PALING BERGAYA 2025
Daripada Wuthering Heights, Jacob Elordi mengukuhkan reputasi sebagai aktor versatil dan ikon gaya lelaki moden 2025.
MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025
Tahun 2025 mengubah landskap horologi global dengan momen jam tangan selebriti, Rolex, TAG Heuer dan Formula 1.











