Skip to content

HARMAN STUDIO YANG EKSKLUSIF KINI DIBUKA DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Dikenali sebagai jenama audio terkemuka dalam menawarkan produk audio yang berkualiti, Harman membuka studio pertama di Malaysia. Terletak di Sunway Geo Avenue, studio ini menawarkan pengguna solusi audio Harman yang serba lengkap dan juga produk terbaru mereka. Lengkap dengan jenama seperti JBL, Harman Kardon, Mark Levinson, Lexicon, dan Revel, Studio Harman adalah salah satu yang pertama di rantau APAC dan ia dijangka akan dapat mengukuhkan kehadiran Harman di rantau ini.

Studio ini menempatkan ruang pameran dua tingkat berkeluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi. Menjadi kebanggaan sebagai ruang pameran Harman yang terbesar di Malaysia, ia melibatkan ruang pameran dengan konsep gaya hidup yang paling eksklusif. Pengunjung dapat mengalami sendiri gaya hidup Harman yang dijelmakan semula oleh pembesar suara mudah alih dan fon kepala Harman. Selain itu, mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan konsep rumah Harman yang dimeriahkan oleh bar bunyi, teater rumah dan ruang audio mewah.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran Studio Harman. Ia akan memberi pengguna gambaran yang lebih baik tentang produk di bawah Harman Kardon. Studio ini pasti akan dapat membantu pengguna untuk memahami produk dengan lebih baik dan mengalaminya sendiri melalui solusi audio yang kami tawarkan.” kata Mark Ng, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Harman Asia Pasifik.

Studio Harman telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac 2019. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah duta Harman Malaysia, Alif Satar, yang merupakan seorang pengacara dan selebriti terkenal. Selain dikenali sebagai pengacara, Alif juga telah mengukuhkan nama beliau sebagai penyanyi dan pelakon. Dikenali dengan versatiliti dan bakatnya, Alif Satar amat sesuai mewakili jenama ini.

“Kami amat berbesar hati mempunyai Alif Satar sebagai duta kami. Beliau melambangkan nilai dan kualiti yang dibawakan oleh Harman. Paling penting, beliau juga percaya pada jenama Harman,” kata Mark Ng.

Bersempena dengan pembukaan studio utama Harman, para pelanggan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 95% untuk item terpilih. Selain itu, Harman Studio juga bekerjasama dengan Sime Darby Auto Bavaria untuk menawarkan peluang pandu uji pelbagai model terbaru BMW, pada hari yang sama. Pelanggan yang membeli BMW pada hari tersebut akan menerima baucar tunai Harman Studio bernilai RM 3,000. Tawaran promosi ini juga akan dilanjutkan kepada pameran JBL di Mid Valley Megamall North Court dari 25 hingga 31 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Studio Harman, layari https://www.facebook.com/HotGadgetsD.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Mac 2019

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut