‘HAWA’ rangkul hadiah utama BMW Shorties 2016
‘Hawa’, filem pendek arahan Tan Ce Ding muncul sebagai pemenang hadiah utama pertandingan BMW Shorties 2016 edisi ke-10 baru-baru ini. Pertandingan filem pendek ini telah menerima jumlah penyertaan tertinggi, iaitu sebanyak 115 buah filem, dan menyenarai pendekkan 12 finalis bagi pertandingan tahun ini.

Mr Han Sang Yun, Pengarah Urusan & CEO BMW Group Malaysia, bersama Tan Ce Ding, Pengarah ‘Hawa’, Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2016.
Tan Ce Ding yang telah menyertai BMW Shorties sejak 2010, telah lima kali berjaya mendapat tempat dalam senarai 10 filem pendek terbaik tetapi tidak pernah memenangi pertandingan ini sehingga sekarang. Beliau bakal menerima geran produksi sebanyak RM 75,000 daripada Kumpulan BMW Malaysia serta bimbingan daripada para pengadil untuk menghasilkan filem pendek profesional beliau yang seterusnya.
Berlatarbelakangkan Malaysia yang berada dalam kemusnahan setelah dilanda wabak zombi, ‘Hawa’ berkisahkan mengenai persahabatan di antara Hawa, gadis yang telah dijangkiti oleh gigitan zombi dan seorang anak muda yang berperwatakan riang bernama Meng. Menerusi kaedah simbolisme yang baik, pengarah Tan Ce Ding dapat menyampaikan kisah mengenai persahabatan dengan berkesan – terutama bagaimana mudahnya ia terdedah kepada bahaya isu sosial yang digambarkan sebagai wabak zombi dalam filem ini yang mengancam persahabatan Hawa and Meng.

Para pelakon dan krew ‘Hawa’ bersama Mr Sashi Ambi (kiri), Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia, dan Mr Han Sang Yun (kanan).
Di samping mendapat Hadiah Utama, ‘Hawa’ turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, dan Penataan Bunyi Terbaik. Produksi ini juga dicalonkan untuk Sinematografi Terbaik, Reka Bentuk Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Pelakon Terbaik, dan Pelakon Wanita Terbaik.
Bercakap pada malam anugerah tersebut, En. Han Sang Yun, Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan BMW Malaysia berkata, “BMW Shorties telah melangkah jauh dalam menemukan dan menyokong potensi pembuatan filem di Malaysia sejak kami memulakannya sedekad yang lalu. Hari ini, kami berbesar hati kerana telah dapat memperkenalkan dan membantu menaikkan ramai bakat baru yang berpotensi yang kini telah mewujudkan nilai dan legasi dalam industri perfileman dan pengiklanan di Malaysia.”
Filem pendek oleh Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties dan para finalis lain boleh ditonton di laman sesawang BMW Shorties (www.bmwshorties.com.my). Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook BMW Shorties di www.facebook.com/BMWShorties.
Berikut adalah senarai pemenang-pemenang lain:
Best Cinematography Award: Aman Nak Besar? oleh Iswandi Salim
Best Production Design Award: Terus oleh Aiman Hamzah
Best Editing Award: Once See Fatt Cai (一見發財) oleh Chan Kean Wah
Best Actor Award: Terus oleh Azman Hassan
People’s Choice Award: Aman Nak Besar oleh Affendi Azizan
Tahniah GLAM Lelaki ucapkan kepada Tan Ce Ding serta pemenang-pemenang lain!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 SEBAB KENAPA LELAKI PERLU BERJAMBANG
Bukan hipster, bukan selekeh. Namun berjambang memberikan kebaikan tersendiri buat lelaki.
5 SEPATU BOOT LELAKI TERBAIK MESTI MILIKI
Sepatu boot kini dilihat bukan sahaja kasut praktikal, malah ia sebagai aksesori fashion statement yang meningkatkan lagi penampilan keseluruhan lelaki sambil memberikan keselesaan dan fungsi.
TIPS UNTUK MEMILIH DAN MENGGAYAKAN FESYEN OVERSIZED
Mahu cuba menggayakan fesyen oversize? Cuba tip-tip daripada GLAM Lelaki untuk fit yang cool dan kemas.
BOSAN ASYIK KENA FRIEND ZONE? INI CARA TERBAIK UNTUK BREAK-FREE!
Anda mula tawar hati kerana asyik kena friend zone oleh orang anda suka? Jangan risau, kami ada jawapan untuk keluar daripada masalah ini.
7 KATEGORI LELAKI WANITA SEBOLEHNYA MAHU ELAK! ADAKAH ANDA TERSENARAI?
Buat lelaki seperti anda, sebenarnya ada kategori lelaki yang seboleh-bolehnya akan dielak oleh kaum perempuan. Jadi, adakah anda antara yang tersenarai? Let's check it out!
KENALI TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM, PUTERA ANGKAT YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG
Muncul kelibat kerabat yang mencuri perhatian sepanjang Kembara Kenali Borneo baru-baru ini, lantas timbul tanda soalan, siapa Tengku Amir Nasser Ibrahim sebenarnya?