Skip to content

HOT GADGETS KINI MEWAKILI GENEVA, ULTIMATE EARS DAN JENAMA TERBARU A&S

Kongsikan artikel ini

2018 melihatkan satu kejayaan baru untuk Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd, pengedar tunggal jenama audio terkenal seperti AKG, JBL, dan Harman Kardon untuk Audio Rumah, Multimedia, dan Audio Persendirian sebagai anak syarikat Ng Tiong Seng Corporation Sdn Bhd yang telah dianugerahkan sebagai pengedar tunggal A&S, sebuah jenama terkenal yang dikenali melalui produk keperluan rumahnya.

Sebuah jenama yang bereputasi untuk peralatan rumah, A&S menyediakan solusi rumah yang berpatutan tanpa kompromi dari segi kualiti. A&S menembusi industri hiburan rumah pertama kalinya dengan bar bunyi dan pembesar suara. Kemudian ia terus berkembang menjadi jenama gaya hidup yang menawarkan peralatan rumah. Sama ada ia adalah televisyen yang anda perlukan untuk menonton rancangan kegemaran atau penghawa dingin untuk membuatkan anda berasa nyaman pada hari yang panas atau ketuhar gelombang mikro untuk menghangatkan semula sajian kegemaran, A&S mempunyai produk yang sesuai untuk anda.

Televisyen skrin rata A&S mempunyai kerangka yang kukuh dan lampu belakang LED mengagumkan yang mempunyai jangka hayat sehingga 100,000 jam. Skrin 16:9 menjadikannya sesuai untuk semua hiburan asas rumah. Profil televisyen 32” ini dilengkapi sistem audio yang mempunyai spesifikasi kualiti cemerlang. Skrin rata ini dilengkapi MTS (bunyi televisyen pelbagai-saluran), teknologi stereo spatial dan bass dinamik yang kuat. Ini termasuk penghasilan bunyi yang berkuasa 10W x 2. Ia juga didatangkan dengan pengurangan bunyi video 3D untuk memastikan ketajaman pada skrin dengan penyingkiran piksel berbutir halus yang kasar.

Pelanggan boleh membeli produk di 30TUwww.aandss.comU30T dan semua kedai peralatan elektrik. Pelanggan juga boleh menantikan promosi hebat bersempena dengan kempen ulang tahun Lazada. Tawaran eksklusif ini hanya sah semasa dalam tempoh promosi (25 – 27 April 2018). Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd akan memasarkan peralatan yang berkesan dan berpatutan ini ke dalam barisan produk mereka. Pelbagai produk yang berpatutan dan berkualiti akan tersedia untuk rakyat Malaysia. Beberapa produk tersebut termasuk;

Televisyen A&S
1. A&S 49″ TV LED HD PENUH H49FNMY100 – SRP RM 1,399
2. A&S 43″ TV LED HD PENUH H43FNMY100 – SRP RM 1,099
3. A&S 32″ TV LED HD H32FNMY100 – SRP RM 799

Penghawa Dingin A&S
1. Penghawa Dingin A&S 2.0HP
2. Penghawa Dingin A&S 1.5HP
3. Penghawa Dingin A&S 1.0HP

Selain A&S, Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd juga merupakan pengedar tunggal Geneva dan Ultimate Ears. Geneva adalah syarikat hi-fi yang pertama memperkenalkan cara bagaimana untuk mendengar muzik digital lebih sedekad lalu. Ia telah memenangi pelbagai anugerah untuk gabungan teknologi inovatif, reka bentuk minimalis dan kejuruteraan Switzerland yang unik.

Touring/L

Touring/M

Touring/S

Acustica

Geneva
1. Touring/L – RSP RM 1,499
2. Touring/M – RSP RM 1,099
3. Touring/S – RSP RM 749
4. Touring/xS – RSP RM 599
5. Acustica – RSP RM 1,099

Ultimate Brand adalah jenama yang telah mengubah cara untuk orang menghayati muzik. Ultimate Ears merevolusikan cara artis berinteraksi dengan penonton konsert mereka dengan mencipta kembali monitor langsung atas pentas, dan menjadikannya fon telinga tersendiri. Kini, Ultimate Ears membawa muzik ke kehidupan dengan barisan pembesar suara tanpa wayar mereka yang telah memenangi anugerah.Ultimate Ears

1. Megaboom – SRP RM 999
2. Boom 2 – SRP RM 768
3. Wonderboom – SRP RM 399

Dengan mewakili tiga lagi jenama terkemuka, Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd telah memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam industri peralatan rumah. Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd dianugerahkan sebagai pengedar tunggal Harman International pada tahun 2015. Ia juga merupakan pengedar tunggal jenama audio mewah seperti Mark Levinson dan Revel di Malaysia.

“Kami sangat teruja dan ia adalah satu penghormatan kerana diberi peluang untuk mewakili jenama terkemuka seperti A&S, Geneva dan Ultimate Ears. Terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk audio dan peralatan rumah yang berkualiti. Kami percaya dalam menawarkan produk berkualiti kepada pelanggan kami. Ini adalah peluang untuk mempelbagaikan produk berkualiti kami yang bersesuaian dengan pelanggan dan gaya hidup mereka,” kata Barney Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd.
Untuk info lanjut berkaitan Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd, log masuk ke www.facebook.com/HotGadgetsD/ atau hubungi 03-5162 7318.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 April 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut