Skip to content

HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.

Estetika teknologi pada hari ini terus mencabar sempadan. Sama ada telefon pintar mahupun jam tangan pintar, peranti moden kini akan melengkapi kehidupan harian pengguna dalam semua aspek seperti gaya, kesihatan mahupun kecergasan. Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.

A Legend Reborn

Huawei sentiasa mencabar sempadan estetika teknologi dan fotografi pintar melalui rangkaian telefon pintar P Series. Menandakan kemunculan era telefon pintar dengan multi-lensa, kini Huawei P50 meneruskan inovasi fotografi dengan algoritma pintar, sofistikasi sensor dan keupayaan zum yang lebih baik dari sebelum ini. Ia adalah telefon fotografi pintar terunggul!

Huawei P50 membiaskan kesempurnaan dalam menggabungkan fungsi dan desain. Ia direka dengan sentuhan elegan yang menjadi signature desain P Series. Tidak lengkap tanpa Dual-Matrix Camera Design yang dapatkan merakamkan harmoni variasi lensa dalam setiap penggunaan. Ia diperhebatkan lagi dengan enjin imej Huawei XD Fusion P50 dan teknologi Huawei XD Optics yang akan merakamkan setiap esen dengan penuh artisitik.

Berikut adalah 5 fungsi utama pada Huawei P50 yang perlu anda tahu:

  1. Dengan paparan 6.5 inci dan ketebalan 7.92 mm sahaja, telefon pintar ini ringan, nipis dan sangat selesa ketika dipegang. Kuasa bateri 4,100 mAh pula sangat cepat untuk dicaskan dan kesihatan bateri akan kekal pada 90% walaupun selepas tiga tahun digunakan.
  2. True-Chroma Dual Matrix Camera yang merangkumi Main Camera Matrix dan SuperZoom Matrix diintergrasikan bersama Huawei XD Optics dan Hauwei XD Fusion Pro akan merakamkan foto yang lebih terang, bersih dan lebih terperinci.
  3. Kamera hadapan turut dipertingkatkan dengan True-Chroma Selfie Camera System yang memberikan 100 darjah sudut ultra-luas untuk merakamkan gambar swaforo berkumpulan dan juga lanskap pemandangan.
  4. Buat peminat permainan video, ia hadir dengan teknologi True-Chroma Display yang akan memberikan paparan yang diperkaya dan warna lebih terang. Selain kadar touch sampling 300 Hz untuk kawalan sentuhan yang lebih responsif, kadar refresh rate 120 Hz yang tinggi juga menjanjikan pengalaman permainan video yang luar biasa.
  5. Huawei P50 dilengkapi dengan sistem bunyi dwi-pembesar suara yang akan menyokong efek bunyi Histen yang dibangunkan oleh Huawei sendiri. Selain Bass Booster, Soundstage Enhancer dapat memberikan bunyi yang lebih menyeluruh ketika mendengar lagu, menonton filem ataupun permainan video.

 

Baca lebih lanjut: 5 SOALAN BERSAMA BINTANG ‘MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA’, PARK HAE-SOO

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut
Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut