5 SOALAN BERSAMA BINTANG ‘MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA’, PARK HAE-SOO
Pelakon Squid Game, Park Hae-soo yang bakal menggalas watak Berlin berkongsi pengalaman membintangi siri adaptasi popular Netflix, “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”.
Siri popular Sepanyol, “La Casa de Papel” telah mencipta fenomena di seluruh dunia. Kini, laman penstriman gergasi, Netflix akan mambawakan adaptasi baharu dalam versi Korea kepada siri hangat ini. “Money Heist: Korea – Joint Economic Area” bakal dibintangi oleh Park Hae-soo yang popular melalui “Squid Game” yang turut sama mencipta fenomena.
Siri versi Korea ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Yoo Ji-tae (Professor), Kim Yunjin (Seon Woojin), Park Hae-soo (Berlin), Jun Jong-seo (Tokyo), Lee Won-jong (Moscow), Park Myung-hoon (Cho Youngmin), Kim Sung-o (Cha Moohyuk), Kim Ji-hun (Denver), Jang Yoon-ju (Nairobi), Lee Joobeen (Yun Misun), Lee Hyun-woo (Rio), Kim Ji-hoon (Helsinki), Lee Kyu-ho (Oslo) dan ramai lagi.
Park Hae-soo yang bakal menggalas watak Berlin berkongsi pengalamannya menyertai siri baharu ini yang akan ditayangkan bermula 24 Jun 2022:

Cr. Jung Jaegu/Netflix © 2021
Mengapakah anda membuat keputusan untuk menyertai siri “Money Hesit: Korea – Joint Economic Area”?
Jalan ceritanya dan cara ia diolah sangat mengagumkan. Juga, naratif mengenai keperitan yang dihadapi sebagai sebuah negara yang berpecah, bangsa Korea, pada saya sangat realistik.
Siapakah Berlin?
Dia adalah seorang lelaki berpendirian yang memanipulasi tebusan untuk berpecah, dan mengawai mereka dengan ketakutan di dalam Mint. Dia boleh dianggap sebagai kejam, tetapi dia juga akan membuat anda berasa belas kasihan. Salah satu perkara yang membuat dia berbeza dari yang lain adalah dia bercakap dalam aksen Pyongyang, yang digunakan di Korea Utara. Walapun dia sangat kejam, bahasa yang digunakannya cukup baik dan membuatnya seperti seorang gentleman. Tidak seperti perompak lain, dia sentiasa membawa pistol revolver tambahan bersama senapang rifle yang akan membuat dia berasa berkusa untuk mencapai apa juga dengan senjata.
Baca lebih lanjut: 5 RANCANGAN PERLU TONTON SEPANJANG JUN 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RANCANGAN NETFLIX KOREA “PHYSICAL: 100” CETUS KONTROVERSI, SIAPA YANG PATUT MENANG?
Woo Jin-yong mengalahkan Jung Hae-min dalam rancangan realiti Netflix Korea, "Physical: 100" dengan cara yang sangat kontroversi!
APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI ‘SQUID GAME 2’?
“Squid Game 2” akan kembali untuk musim baharu selepas siri Netflix dari Korea Selatan itu telah bikin fenomena luar biasa di seluruh dunia.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
ALASAN MENGAPA PENN BADGLEY MENOLAK ADEGAN RANJANG DALAM YOU MUSIM KEEMPAT
Selepas kejayaan tiga musim You, Penn Badgley hanya ada satu permintaan untuk terus membintangi musim keempat: Tiada lagi babak seks.
KAPTEN BOLA SEPAK YANG TERSELAMAT DALAM ‘THAI CAVE RESCUE’ MENINGGAL DUNIA
Duangpetch Promthep, kapten kelab bola sepak, Wild Boars yang telah diselamatkan dalam ‘Thai cave rescue’ pada 2018 telah meninggal dunia di United Kingdom.
ALASAN MANU RIOS UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA SIRI ‘ELITE’
Bintang Sepanyol, Manu Rios berkongsi tidak akan kembali pada musim ke-7 dalam siri popular Netflix, Elite.