Skip to content

INI DIA 10 AZAM LELAKI MASA KINI YANG PATUT DILAKSANAKAN

Kongsikan artikel ini

1. Do It Yourself!
Ya, tidak semua lelaki pakar D.I.Y tetapi sebagai lelaki sekurang-kurangnya anda perlu tahu kegunaan gergaji, sepana ataupun playar. Anda akan rasa puas apabila berjaya menyiapkan sesuatu projek. Percayalah!

2. Membaca Karya Agung
Buang komik atau majalah hiburan yang berkisar gosip saja. Sudah tiba masanya anda mengenali Datuk A.Samad Said, Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka dan Tash Aw.

3. Buat Temu Janji Untuk Pemeriksaan Perubatan
Lelaki sukar berkata ‘ya’ untuk doktor. Atasi perasaan kecut kerana kesihatan lebih penting daripada segala-galanya. One small step mungkin menyelamatkan nyawa anda.

4. Lawatan Persidangan Kerjaya
Masih ramai di luar sana yang tidak berpuas hati dengan jawatan dan pendapatan mereka setiap bulan. Sertai persidangan kerjaya. Ia mungkin boleh membantu anda lebih bermotivasi. Jika tidak, don’t waste your time and resign!

5. Beri Tumpuan Sepenuhnya Pada Hobi Anda
Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Jika minat sesuatu, buat bersungguh-sungguh. Sama ada bersukan atau bermain muzik, pastikan anda punyai masa untuk lakukannya.

6. Bersenam
Sudah-sudahlah dengan aktiviti makan tengah malam. Tiada masa bukan alasan. Berjalan atau joging sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi.

7. Buka Akaun Simpanan
Duit gaji yang masuk tiap-tiap bulan dalam akaun tidak dikira akaun simpanan. Buka akaun yang tiada kad ATM.

8. Atasi Ketakutan
Semua orang mempunyai ketakutan sendiri. Ya, bukan senang untuk atasi ketakutan tetapi belajarlah cara untuk menanganinya. Bungee jumps anyone?

9. Bantu Mereka Yang Memerlukan
Sama ada menjadi sukarelawan atau membantu sesiapa saja yang memerlukan.

10. Melancong Ke Destinasi Baru
Keluarkan pasport, tarik beg galas, pergi ke lapangan terbang and you are on your adventures.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut