INI SEBAB CERMIN DI GIM TIDAK BAIK UNTUK ANDA
Mana-mana saja gim yang anda daftar dan guna, pasti mempunyai cermin di setiap sudutnya. Dari atas siling hinggalah ke lantai, cermin di gim digunakan untuk tujuan kemudahan agar anda dapat melihat bentuk tubuh serta mengukur tahap perubahan fizikal selepas melakukan senaman dalam kadar masa tertentu, seterusnya memanfaatkan senaman fizikal seseorang. Walaupun ada kebaikkanya, namun cermin di gim juga punya keburukan tertentu yang wajar anda ketahui.
1. ISU ‘BODY IMAGE’
Pertama, berdasarkan penyelidik dari laman sesawang psychologytoday.com hasil kajiam Pirkko Markula Ph.D, mendapati bahawa mereka yang melihat orang lain bersenam melalui pantulan cermin tersebut hanya akan memberikan kesan yang lebih negatif terhadap imej badan mereka sendiri, walaupun mereka yakin dengan tubuh badan mereka, terutama sekali buat kaum wanita. Seakan psikologi terbalik, cermin boleh merendahkan keberkesanan diri dan keyakinan diri.
2. KURANG MASA LATIHAN
Dek cermin di saat mereka bersenam sebenarnya boleh menyebabkan waktu senaman berkurangan. Melalui satu survey yang dilakukan di Rusia oleh jaguh bina badan di sana, mereka lebih dikenali mengaplikasikan senaman dengan menutup mata dalam meningkatkan rasa mereka terhadap ruang atau ‘proprioception’. Dengan cara itu mereka tidak perlu banyak melihat dan memeriksa diri di hadapan cermin semata agar masa latihan tidak dibazirkan begitu saja, khususnya buat mereka yang gila ‘selfie’.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGAKUAN SEKS DARIPADA PEMBACA GLAM LELAKI: KISAH SEBENAR, RAHSIA TERBONGKAR
Pengakuan seks daripada pembaca Glam Lelaki: Ketahui kisah-kisah sebenar yang tidak ditapis tentang hubungan sulit, eksperimen seksual, dan rahsia intim yang mendebarkan.
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI
Masalah sukar tidur boleh diatasi dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang berkesan.
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER
Raja Charles III disahkan menghidap kanser prostat baru-baru ini. Bagaimanapun ia bukanlah diagnos barah pertama di kalangan kerabat Britain.
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER
Baru 18 bulan menaiki takhta, Raja Charles III disahkan menghidap barah kelima penyebab kematian lelaki, kanser prostat.
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI
Ada seribu satu sebab mengapa anda sukar melelapkan mata pada waktu malam. Teknik 4-7-8 ini boleh membantu anda lena beradu.