Skip to content

INSPIRASI BINAAN MEGAH SALOMA LINK

Kongsikan artikel ini

Tular di alam maya, foto dan momen yang dirakam netizen melibatkan sebuah  jambatan indah di ibu kota. Rupa-rupanya jambatan yang disebut itu adalah Saloma Link yang baru saja dilacarkan pada 6 Februari lalu dan secara rasminya dibuka kepada orang awam yang menjadi penghubung di antara Kampung Baru dan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Penghubung ini dikatakan telah memudahkan orang awam dan juga menjadi tourist spot kerana keunikan rekaan seni binanya. Dikatakan bakal menjadi tarikan terbaru Kuala Lumpur, ia hanya mengambil 10 minit sahaja untuk berjalan dari Kampung Baru ke KLCC.

Projek Saloma Link adalah jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh daripada KLCC. Rekaan Saloma Link diinspirasikan daripada Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia namun konsep seni bina jambatan ini menyerupai sirih junjung yang menggambarkan budaya Melayu.

Menurut sumber, Syarikat yang bertanggungjawab dalam seni bina Saloma Link ini ialah The Veritas Design Group. Antara projek lain yang direka oleh syarikat ini termasuk, Legoland Malaysia, Masjid Universiti Teknologi Petronas, Stadium Tertutup Larkin dan beberapa lagi seni bina ikonik dalam dan luar negara.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut