Skip to content

Zack Snyder’s Justice League: Temubual Bersama Zack Snyder

Kongsikan artikel ini

Filem adiwira ikonik, Justice League arahan asal oleh pengarah Zack Snyder akan membuat debut secara eksklusif di Malaysia melalui saluran penstriman HBO GO pada 18 Mac 2021.

Berita baik buat peminat komik adiwira DC! Saat yang ditunggu-tunggu bakal menjelma tidak lama lagi. Zack Snyder’s Justice League akan membuat debut secara eksklusif di Malaysia melalui saluran penstriman HBO GO pada hari Khamis, 18 Mac 2021. Filem ini juga akan dilancarkan secara serentak di Amerika Syarikat dan negara di rantau Asia Pasifik.

Zack Snyder’s Justice League atau juga dikenali sebagai ‘The Snyder Cut’ adalah berdasarkan filem Justice League yang diarahkan oleh Zack Snyder sendiri pada 2017. Walau bagaimanapun, pengarah itu terpaksa meninggalkan set penggambaran filem kelima daripada DC Extended Universe ini selepas kematian anak perempuannya pada Mei 2017. Versi ini akhirnya akan dilancarkan selepas peminat memulakan gerakan #ReleasetheSnyderCut di sosial media.

 

Sebagai seorang yang belum menyaksikan versi sebelum ini, konsep anda masih kekal seperti asal. Bagaimana anda menggambarkan jalan cerita Justice League yang anda sendiri lakukan?

Justice League adalah sebuah cerita mengenai sekumpulan yang tidak sepadan. Mereka semua adalah adiwira tetapi mereka tidak terkawal, dan setiap satunya mempunyai kuasa yang tersendiri untuk menyelamatkan dunia.  Satu cerita yang menyaksikan penyatuan mereka yang ‘sesat’ ke dalam sebuah keluarga. Mereka membentuk hubungan dan menjadi shabat supaya dapat melakukan kebaikan, untuk menyelamatkan dunia. Tetapi juga, mereka berjaya untuk mengawal emosi serta melawan ‘kejahatan’ dalam diri, dan menjadi lebih baik akhirnya.

Anda sentiasa menyukai komik?

Saya sentiasa meminati media ilustrasi. Ketika membesar, saya adalah peminat setia Havy Metal Magazine, yang merupakan majalah fantasu ilustrasi dewasa yang saya kenali sejak kecil lagi. Ia telah membentuk estetika diri saya. Dan ya, saya sentiasa meminati cara penceritaan sejak dahulu lagi. Ia telah memberikan bahasa sinematik dengan cara saya memberitahu cerita menggunakan gambar sebanyak yang mungkin.

 

Filem ini benyak mengekalkan rakaman asal anda, tetapi filem ini berdurasi empat jam… Apakah babak tambahan yang anda masukkan?

Babak tambahan baharu adalah antara Batman dan Joker. Yang lain adalah daripada rakaman asal.

Wow. Walaupun kebanyakannya dilakukan ketika editing, lantas dinamakan ‘The Snyder CUT’, tetapi babak antara Batman dan Joker memerlukan kerja tambahan, lagi-lagi ketika pandemik ini. Adakah ia satu idea yang baharu?

Selepas saya menyedari tiada lagi filem Zack Snyder DC selepas ini, kesalan terbesar saya adalah tiada babak pertembungan andata Batman dan Joker. Ia adalah kunci kepada kedua-dua watak tersebut. Mereka berdua berada di dalam siri filem ini tetapi tidak pernah bertembung antara satu sama lain. Ia tidak masuk akal. Oleh itu, saya merasakan saya boleh melakukan sesuatu. Ideanya adalah kami melakukannya tanpa memberitahu orang lain. Saya menghubungi Jared Leto dan menyatukan mereka, dan merakamkan di belakang rumah saya. Dan menyelitkan babak tersebut di dalam filem ini. Kemudia saya menulis babak ini dan mendapati ia boleh dilakukan.

 

 

Dalam Zack Snyder’s Justice League, untuk memastikan pengorbanan Superman tidak disia-siakan, Bruce Wayne lakonan Ben Affleck dan Diana Prince lakonan Gal Gadot bersatu dalam merancang untuk membentuk sebuah pasukan yang disertai oleh manusia meta untuk menyelamatkan dunia. Selain Batman dan Wonder Woman, mereka bersama dengan barisan adiwira lain seperti Aquaman, Cyborg dan juga The Flash untuk mengalahkan kuasa jahat yang terdiri daripada Steppenwolf, DeSaad dan Darkseid.

Filem versi asli Zack Snyder ini dibintangi oleh barisan pelakon ternama iaitu Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot, Ray Fisher, Jason Momoa, Ezra Miller, Willem Dafoe, Jesse Eisenberg, Jeremy Irons, Diane Lane, Connie Nielsen dan J.K. Simmons. Ia turut menampilkan lakon layar daripada Chris Terrio dan  jalan cerita oleh Chris Terrio & Zack Snyder dan Will Beall.

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Zack Snyder’s Justice League melalui HBO GO pada 18 Mac 2021 nanti. Saksikan trailer filem ini di sini.

Foto: HBO Asia

 

Baca lebih lanjut: FEARLESS: RISE OF THE JOHOR SOUTHERN TIGERS

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX

PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK CHRISTIAN BALE ANDA MESTI TONTON

5 FILEM TERBAIK CHRISTIAN BALE ANDA MESTI TONTON

Bacaan Lanjut

MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
alif satar

“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023

Bacaan Lanjut